Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

09 September, 2012

15 July, 2012

Doa untuk anak cerdik dan pandai

1. Baca Alfathih (1 kali)











  
2.  Baca Ayat kursi  (1 kali )

      

3. Baca Ayat Insyirah (1 kali)

   

Boleh juga dibaca surah insyirah 3 kali dan dihembus di ubun-ubunsemasa anak tidur, untuk anak yang degil.
Selain daripada Ya latiff

16 June, 2012

Demam plak

Assalam

Anak terunaku ni dmam dari malam kamis lagi sampai ke hari ni, hari ahad tak kebah-kebah lagi, asal malam je badan panas ya rabbi. Ubat dah amik, dah jelum macam2 dah tapi tak kebah gak. Sampai aku bercuti la ari jumaat aritu. Akhirnya aku try surf intenet manala tau berkongsi petua di alam maya ni...
Ni aku terjumpa dan terbaca bg aku boleh gak apply utk anak terunaku...walaupun macam utk baby kan..kan. Ni aku c n p tak potong2 tang mn pun..

Credit utk pangkin

Anak demam apa nak buat
ini aku kumpul2 dari satu forum tu...untuk ingatan aku... kalau korang bule tambahkan lagi baik...


36-37.4 normal
37.5-37.9 jaga-jaga, tahap awal demam
38.0-39.0 demam
39.1-39.5 demam kuat
lebih 39.5 KRITIKAL!!!

Cuba bagi air glugos sebanyak mungkin dan sesekali berikan madu bercampur air masak suam buat cair2 supaya tidak tersedak semasa minum

pernah berlaku pada anak saya tapi nasib baik ada sorang tua pandai berubat utk bebudak.. die suh saya cari madu kelulut dan pinang muda kemudian die bagi 1 akar kayu ( tak di beritahu akar apa ) die minta asahkan akar dan pinang muda.. kemudian campur ngen madu kelulut.. kemudian menggunakan kain.. di perah dlm mulut anak saya... alhamdullillah dengan izin Allah esokkan tuh ulser dalam mulut anak saya beransur ilang..

kalau badan panas basuh/lap badan dia >< sama mcm kita ambil wuduk .. ubat demam aku guna pcm suppository 125mg.. bersihkan lidah dia kalau ada keputihan dgn towel kecil basah .. beri minum air rebina (guna botol ada straw) sikit2 tapi kerap .. beri minum susu mcm biasa panas suam guna botol guna puting Doktor Baby warna coklat (sbb lebih kurang sama mcm puting mak dia) .. susu badan ibu lagi baik .. bagi susu tu waktu dia tgh ralit nak tidur .. memang susah sikit tapi pelan2 tolak dlm mulut dia .. bagi makan buah2 (lai @ epal hijau) .. biasanya dia xnak makan sbb ulser dlm mulut tu tambah pulak kena dgn rasa ubat yang doktor bagi tu .. untuk ulser tu sapu dgn "oral aid" .. dia akan rasa sikit kebas tmpt yang kena sapu tu .. tanya nurse@dr diaorg tahu la ..

cari ais krim yg berzat dan lembut bagi kat anak makan

Kalau dia pakai puting...salutkan cecair utk ulser pada puting. Ni dapat menolong spread ubat dgn lebih elok dalam mulut. Pehak hospital sure bagi yg jenis tak pedih..not bonjela pasal still baby.

Ubat demam dan antibiotik rasanya pehak hospital lebih arif dalam hal ini.
Ais krim tu bagi sikit2 je...utk sejukkan tekak dia.
Kalau panas malam dan susah nak bagi ubat demam dan kesian nak kejutkan dia, guna ubat sumbat tapi timing kene jaga.(every 6hrs??) at least badan dia tak panas sangat especially bila kita pun terlelap dan tak sedar.

Yg penting ubat ulser dan antibiotik tu kene maintain...dia akan tetap minum susu bila dah lapar sangat dan kalau boleh jangan buat suam sangat. Sejuk sikit pun takpa.

bab demam panas ni...sekali tu anak kakak saya,tengah dalam teksi nak pi klinik,bila dreba teksi tu dengag kata demam panas...nasib pakcik dreba tu org lama,cepat2 dia cepong anak kak saya tu(anak sulung dia),dia singgah tang shell,bukak paip ayag laju letak anak kak saya bawah pili ayag tu...bagi mandi sampai betoi2 sejuk......baru bawak pi klinik,kata pakcik tu boleh tarek budak ni....nasib....

saya besa kena demam tak mau kebah,luag sejuk dalam panas...pakcik saya lumog dgn asam jawa,satu badan,kepala...lamaaaa..kemudian jurus dgn ayag....mula kaki naik ke kepala....alhamdulillah...

yg femes,kita masa muda dulu,,spare ubat torpedo dalam peti ais..anak demam sumbat kot lubang jubog..tu saja tau...

Insyaallah, lebih AFDHAL. Masa baby dah tidor nyenyak, ambil wuduk. Mulakan dengan mengadap kiblat baca bismillah, tangan kanan tekapkan pada ubun-ubun baby(sambil berniat dlm hati Ya Allah dgn izinmu berilah kekuatan padaku untuk menarik keluar segala kepanasan dlm diri anakku ini)dari bermulanya bismillah tadi. Selawat tujuh kali, Fatihah, 3 Qul, Ayat Kursi kemudian baca surah Yassin. Bila habis surah Yassin baca semula Fatihah, 3 Qul, ayat Kursi dan disudahi dgn Fatihah semula. Barulah tangan kanan yg ditekap pada ubun-ubun baby diangkat dan berdoa. Buat selama 3 mlm berturut, insyaallah dgn izin Allah swt dan ikhtiar dari Ayah kandungnya sendiri, mudah-mudahan hilang panas dalam badan baby sdr TT maka reda lah pedih2 ulser dlm mulutnya.

21 May, 2012

Rejab..

Salam,

Arini 1 Rejab, ni berkongsi dr blog Leily




Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:-

“Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT."


Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut: 


Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari
- dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari
- dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari
- Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari
- Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
  • Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
  • Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
  • Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
  • Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.
Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:
 
  • Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  • Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  • Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
  • Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
  • Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
  • Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
  • Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
  • Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
 
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
  • Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.


Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
  • Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  • Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
  • Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.


Firman Allah SWT:



"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al Israa': 1) 

20 May, 2012

Di pagi Isnin

salam
Dulu aku hairan asal isnin je aku nak dmam, asal Isnin je aku takde mood. Aku selalu kata pada diri aku betapa bosannya menjadi seorang yang begitu. Macammn nak meningkatkan produktiviti, meningkatkan kualiti...Ialah asal malam je mula fikir nak amik MC, mula fikir nak buat cite sakit...hahahaa
Rupanya baru aku tahu itu dinamakan Monday Blues

Dr pakcik google



 
Ni aku jumpa dr blog ini bila jalan2 cari cite pasal ni, katanya perkara di bawah ni dapat menghilangkan rasa dan simptom2 tersebut
 
1. Call a friend and Talk about the Fun Topics

2. Allow Your Feelings be as They Are

3. Plan Your Day

4. Ask a Co-worker How Their Weekend Went

5. Stop Complaining

6. Clean Your Desk

7. Help a Co-worker
 
 
Yeee... rasa boleh ikut..cubala pelan2. Tapi baru aku tahu bukannya aku sorang, boleh dikatakan ramai yang macam ni...huhuhu

07 May, 2012

Waktu...

Salam
Arini dah berjumpa dengan pembekal buku, cilok katalog buku dia, belek2 jumpalah kata-kata ni...baca sedap jugala utk diri sendiri....

"Waktu adalah kehidupan manusia. 
Jika digunakan untuk membaca akan menjadi 
sumber kebijaksanaan.
Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi
kekuatan.
Jika digunakan untuk berdoa akan menjadi
keberkatan dan rahmat. 
Jika digunakan untuk bekerja akan menjadi
keberhasilan.
Jika digunakan untuk beramal akan menghantarkan
menuju syurga.
Semua itu adalah kewajiban seorang hamba
terhadap Tuhannya.
Gunakanlah waktu untuk kehidupan yang sebenarny.
Sesungguhnya kewajiban-kewajiban hamba
di dunia lebih banyak daripada
waktu yang tersedia."

oleh Fatimah Syarha
Novelis sayembara novel 
Remaja Jubli Emas DBP 2006 

23 April, 2012

Tekanan Tekanan Tekanan

AS Salam
Kebetulan naik pejabat tadi jumpa buku pengguna ni, terjumpa tajuk ni, apalgi terus buh dalam entry ni..

Bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai masalah mental adalah berpunca daripada tekanan hidup.
Adalah lebih baik mengenali tanda-tanda awal mengenai tekanan perasaan supaya kaedah untuk menanganinya dapat dicari sebelum keadaan menjadi serius
.Tanda-tanda tekanan perasaan adalah seperti berikut :
# sakit kepala
# hilang selera makan( kalu aku makin bertambah)
#kelesuan
# cepat marah
#gangguan tidur malam
# gelisah
# risau keterlaluan
# kurang tumpuan kerja
Punca tekanan perasaan
*masalah pelajaran
*masalah kewangan
*beban kerja
*menunggu lama
*penyakit fizikal
*konflik rumahtangga
*kesesakan lalulintas(jom balik kg)
*kena buli
*persekitaran tidak selesa
*rasa rendah diri
*tragedi

Akibatnya seseorang itu akan mengalami
-perasaan rendah diri
-tekanan dalam hidup
-pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga/keluarga
-kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral
-suasana tempat kerja tidak menyenangkan
-kecenderungan menggunakan kekerasan
-peningkatan penyakit mental

Itulah jadinya apapun tarik nafas....lepas.... gamak tak tahan lepas jeeee...boleh macam ni?

20 April, 2012

Renungan bersama

Salam

Ust Don lagi.Tapi takpe yang baik kita amik buat pedoman...
Ni pun cedok dr blog ni
Hari ni pun dalam Metro ada cite pasal Ustaz ni

16 April, 2012

Ustaz Don..

Assalamualaikum
Ni dapat dari blog shiemz


Satu perkongsian yang menarik dari Prof Dr Muhaya:

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"
SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID :)

13 April, 2012

Demam n selsema

Salam

Baru ni waktu cuti pertabalan YDP Agong, aku bersin memanjang malam tu soknya dah rasa bdan seram sejuk tensen btoi. aci cuti je damam,aci demam je waktu cuti. Cuma aku takkan mc waktu kerja la..kiranya jadi pekerja contohla aku tahun ni... huhuh

Aku rasa aku tahu nape aku tak sihat. Pertama yang pastinya kuasa Allah SWT la kan. Keduanya aku kena hujan, ktiganya aku jarang2 sgt amik supplement. hahahha. Walaupun ada sikit lagi tp malas benor nak mkn apatah lagi aku sarapan kelam kabut pastu masuk kelas n lupa nak mkn supplement... Apa lagi Shaklee la dah  tau antibodi lemah, tak kuat walaupun badan je besar tapi amik asyik on dan off ni plak dah nak abis. dah order asalnya nak ke branch aje tp malas la.Ala order je laa... Harap minggu depan sampai lee




Tak reti nak ejas la gambar-gambar ni, semuanya dari pakcik google  . supplement ni la yang aku beli dari Aula.. Ada lagi sebenarnya nak beli tapi tak boleh bli banyak2 sbb duit ciput. Jadi sapa-sapa nak bli bolehla ke blog selasihkushaklee ni. Namun blog ni banyak nak kena touch up lagi n nak kena belajar lagi huhuhu

06 April, 2012

Anak-anak kita....

Salam
dlm dok berblogwalking jumpa article ni. Menarik dapat dijadikan panduan dan amalan kita. Apapun ianya banyak berkait dgn anak-anak. kredit utk ibusifatin.


Kesilapan kita sebagai ibubapa dalam mendidik anak-anak

1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)



InsyaAllah dapat dijadikan panduan