28 March, 2012

Jom Join GA

Salam

Intro sikit: First time cuba tak tau la layak ke, ok ke, sblum dok bc GA blog lain tp tak reti, tp try tgk, kalu ikut penganjur tak layak reject jee...JOM TGK

ARWENDANISH 1ST GIVEAWAY





ANTARA HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI!!!


english cotton (salah satu 4meter) by
Pesona Puteri Collections


satu handbag dan satu wallet by
Miemiey Collections Owner dan
My Luvly Kids&Baby Collections  

snow cap (unisex) by
 Bunddle Addict


purse coin, keychain dan headband by
 Qaseh Zueieda (ZQ Craft)


keychain, fm, brooch by
Syafa Shamioon (Sya Craft)


free header design by

and special gift dari Arwendanish blogspot


sebuah jam tangan unisex casio silver color dan


FM dan tempat letak pen from Hatyai

26 March, 2012

mengandung 2

Salam

Waktu aku jelajah blog2 lain ini yang aku dapat so sesama la kita mencubanya. Rezeki Allah bagi Alhamdulillah

Kredit to  Moon 

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Mengandung 1

Salam

Ni bukan nak menyebarkan gambar tak senonoh ke apa? Cuma nak tunjuk betapa org putih...suka-suka ati je...
Org kita ada ke mcm ni? Ish  ..

 Sebenaqnya ni Uma Thurman leh baca kat blog Lulu Pages. Malas nak tulis panjang-panjang. Bukan apa terkejut peknen berbikini..

kasut @ selipar..

Salam

kasut atau selipar? Kalu org utara panggil selipar pun kasut, kasut memang kasut la. Aku pun tak tentu kadang tu kasut kadang tu selipar. Sebenarnya kasut ni dari Hatyai  kawan aku yang beli pakai dalam kelas, kadang-kadang tu aku tumpang sekaki.


Bila aku pakai kasut ni berjalan merata, dapat aku rasakan macam dragon- tgk cite kartun dulu-dulu la ni. Pastu aku dapat bayangkan bila aku pakai dan berjalan macamm dragon. Tapi aku tak amik la gambar sekali ngan badan malu woo..

Nampak kan dragon pakai baju kurung kwakwa

20 March, 2012

hati celaru..

Salam

Bukan nak cite pun tapi nak meluahkan aje, cite lebih-lebih pun takut satu dunia tau macamla org kenal aku,
Aku sekarang ni rasa serabut bukan arini je tapi dah banyak ari. Bak kata org diluah mati mak ditelan mati bapak. Aku pun tak tau nak buat macammn. kalu aku buat cara A adakah aku akan tenang, kalu aku buat cara B adakah aku akan selesa. ahhhhh.....

hehehe


Fikiran aku selalu macam ni serabut memikirkan benda yg bg org lain ala takde menda nak dipikiorkan. Risau gak nanti aku makin kuat makan plak padahal tgh berdiet ni . Btoi ka ?? Risau gak takut makin banyak kedut2 dimuka aku. Kerja sekolah pun tak banyak yang dipikir dok pikir hal-hal remeh macam ni aghhhhh
tua sebelum waktunya

Macammn aku takmau dok pikir sangat. Rasa-rasa kena buat kek ni..kalu ada entr kek nanti maknanya aku berjaya la. Bukan berjaya menyetel masalah tp menyetelkan kek

org kata masak leh ilang tensen

gambar ni semua dari pakcik google

Assalamualaikum..




Assalamualaikum..


Selamat pagi...entah kenapa pagi ni aku rasa ceria, cerdas, tenang walupun ada sedikit celaru nanti aku citekan next entry yeee
  
comeinya!!!!  

kopi pun dah pekena


Nak kata aku bersenam, pagi ni aku tak bersenam pun, tak jogging pun tak cycling pun cuma aku rajin bangun masak
ok tak aku mcm ni
Tapi seperti yang aku bgtau tadi fikiran ku berclaru sikit...sikit je...

18 March, 2012

entry selepas cuti

salam

Fuhh lama benar tak masuk... semangat ada ttiba down balik bukan apa.. Cuti..balik kampung nun di changlun nuu. Tenet memang slow so lebih baik tak payah bawa balik. tak payah bertenet so seminggu tak btenet dicampurkan dengan beberapa hari yang tak masuk lagila lama. insyaAllah akan start balik berblogging dan berblogwalking.


Dua-dua ni gambar lama-highway ke kampung

Cuti sekolah ni memang tak pergi mana2. balik Changlun dok umah kuaq umah p pekan je. Tak buat apapun. Adik2 pun tak balik sumenya ada keje, anak2 tak sihat, tak boleh cuti. Aku? Pun tak sihat juga. Cuma Alhamdulillah anak-anakku sihat walafiat. cuma seskali panas badan dan cepat je dah lega Alhamdulillah..

08 March, 2012

sbpa dimansuhkan, ssm ditingkatkan

Salam

Setelah mendapat pelbagai aduan serta komen dari pelbagai pihak, akhirnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembatalan sistem SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam) yang dicadangkan pada BAJET 2012 dan mengembalikan sistem sedia ada iaitu SSM (Sistem Saraan Malaysia) dengan menambahbaik sistem tersebut.




Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54, di samping pelarasan gaji sembilan peratus untuk gred Utama dan Khas C, B serta A.

Pelarasan gaji untuk Kumpulan Turus III serta Turus II pula sebanyak lapan peratus, dan Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara sebanyak tujuh peratus.

Dalam pengumuman beliau pada satu perhimpunan khas dengan penjawat awam di sini, Najib turut menyatakan persetujuan kerajaan supaya Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C, dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150.

Katanya struktur gaji SSM akan diubah suai daripada jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-maksimum dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga 54 ditetapkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas pula kekal menggunakan Kenaikan Gaji Tahunan SSM dengan diberikan pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.

Najib berkata kerajaan juga bersetuju supaya Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP), dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

Bagi guru-guru pula, menurutnya, kerajaan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip "time-based" Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012.
"Saya harap keputusan ini dapat meredakan ketidakpuasan hati penjawat awam pelbagai peringkat. Bagi isu-isu lain yang berkaitan perkhidmatan dan skim perkhidmatan, perkara ini akan dikaji oleh suruhanjaya yang diumumkan tadi," katanya.

Sumber dari : BERNAMA

04 March, 2012

Bagaimana untuk memperbaiki kehidupan kita

Salam

Ni dapat email, rasa boleh dikongsikan


Guide to A Better Life
Seorang pesakit kanser pankreas yang meninggal pada tahun 2008 telah
menulis sebuah buku yang bertajuk “The Last Lecture” di mana buku ni
adalahantara bestsellers pada tahun 2007.
Salah satu legasi yang hebat yang ditinggalkan.Dalam surat beliau kepada
isteri nya Jai dan anak-anaknya Dylan, Logan dan Chloe, beliau telah
menulis ‘Guide to A Better Life’ untuk menjadi panduan
kepada mereka.
Diubahsuai dari bahasa inggeris dan dikongsikan melalui forwarded email.


Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita

Personaliti
1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu
bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.


2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda
kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini


3. Jangan berlebihan, tetapkan had


4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius


5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’


6. Bermimpilah ketika anda berjaga


7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan


8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan
beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang


9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan
membenci sesiapa


10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini


11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri


12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di
sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan
menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda
akan ingat sepanjang hayat


13. Lebihkan senyum dan ketawa


14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju





Komuniti



15. Kerap menelefon ahli keluarga


16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain


17. Maafkan semua orang untuk segala galanya


18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke
atas dan bawah 6 tahun


19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari


20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda


21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi
keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung
dengan mereka





Kehidupan


22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan


23. Allah akan mengubati segala galanya


24. Buat perkara yang betul


25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah


26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan
bersedia


27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba


28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak
menggembirakan


29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah


30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi
gembiralah





Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas, kongsikan
pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda
pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama,
orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama
anda. Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang
di sekeliling anda.

02 March, 2012

Jalan-jalan ke Hatyai (4)

Salam

Cadang nak perabih je gambar tapi apakan daya tenet slow, asyik tak btoi jee kena buat entry lain . Nipun tak abih sbb handphone kehabisan bateri. bila nak cas alaaa tak boleh hotel guna yg mata dua punya...-ada faham ke? Ni semuanya gambar di Ice Dome... banyak yg syok sendiri- amik gambar sendiri










Teringin nak naik tapi takut melongsor laju sgt almaklumla berat







Putrajaya


Kena keluaq dah
Selesai di Ice Dome km mencari masjid, terletak di tengah bangunan
Kena berjalan kaki jauh gak la nak sampai masjid



Malam kami ke floating Market...


Gambar di Floating Market insyaAllah aku akan tambah, ada beberapa keping lagi, memang cantik. Lupa nak snap makanan yang dijual di sini...

InsyaAllah mudah-mudahan aku dimurahkan rezki lagi untuk makan angin