29 April, 2011

Blueberry cheesse cake

Salam

Wah kali ni jadi entry masakan plak. Sebenarnya dah lama buat minggu lepas gak la. kira entry tertangguh. Sebelum ni tak pernah buh pun resepi. Saja la nak buh first time buat terus jadi tu yang best tu...Reepi amik kat sini. Cuma tak bubuh sebiji-biji tapi bli kat kedai terus blueberrynya.
Resepi c n p je cuma ubah pada 1/2 adunan sbb cheesenya bli satu jee

1 bungkus Biskut Digestives atau biskut Marie... beli sebungkus tapi nak pakainya separuh sahaja. Dalam dua cawan penuh. hehe. Lain la kalau ada jual timbang kan. Kalau suka biskut lebih, boleh saja gunakan sebungkus. Takda sapa nak marah. Bibik ok je.


Bahan-bahannya
2 bekas soft cheese jenama Philadelphia yang setiap
satu seberat 300 gram.
2 sudu besar butter tak payah membumbung.
Biasa-biasa sahaja.Lebih nanti berminyak.
3 biji telur perlu dibasuh dan perlu dilap untuk bagi kering.
1 cawan gula. Tak perlu tambah lagi. Satu dah ngam-ngam elok manis.
2 sudu besar tepung. Tak perlu membumbung.
1 1/2 sudu kecil esen vanilla.
1/4 sudu kecil almond extract.
1 1/2 cawan blueberry (fresh atau frozen, kalau frozen jangan defrost, guna terus, nanti cheesecake jadi biru!).
Biskut dihancurkan menggunakan blender kering. Kemudian campurkan dengan butter. Cairkan butter dalam microwave lebih kurang 10 saat. Tak cukup. Tambah 5 saat lagi. Kemudian kepal-kepalkan. Agak-agak boleh kepal tu oklah. Kalau biskut masih berderai tambah sedikit butter. Kemudian tekan ke dalam baking tin yang telah dialas dengan baking parchment. ( kertas minyak untuk memasak. Bukan yang untuk balut buku tu ye. Kang tak pasal-pasal ada yang beli kertas minyak warna coklat. Sila peringatkan suami anda. Kalau mereka yang beli barang. ) Dah siap tekan. Masukkan dalam freezer sampai ready untuk guna. Bungkus dengan plastik untuk mengelakkan bau makanan lain melekat pada biskut.
Dalam mangkuk lain, pukul krim cheese hingga sebati dan berkrim.Kemudian masukkan gula, pukul lagi hingga sebati. Seterusnya masukkan tepung, sebatikan.Kemudian telur, satu persatu setiap kali dipukul hingga sebati. Jangan masukkan 3 biji sekali pukul. Sebiji telur. Pukul. Kemudian masukkan lagi sebiji. Pukul. Sampai cukup tiga biji. Pukul bagi sebati. Anggaran dalam seminit setiap sebiji telur. Macam tu ye..Kemudian, masukkan vanilla & almond extract.
Tuang adunan kek ke dalam baking tin tadi. Goncangkan sikit untuk ratakan permukaan. Jangan pulak goncang sampai bergegar. Err.. dengan perkataan lain. Goyang macam kita duk ayak tepung. Perlahan je kan.

Kemudian, ambil bluebery, dan tabur ke seluruh kek. Kalau batter tu agak thick, maka campaklah blueberries itu dengan penuh perasaan supaya terbenam ke dasar kek. Kenapa tak campur terus? Takut nanti cheesecake jadi warna biru. Bakar guna teknik waterbath utk hasil yang cantik selama 45- 55 minit. Jangan sampai kek terlebih masak dan mula pecah-pecah. Selepas masak, keluarkan baking tin dari bekas berisi air, dan tinggalkan ke dalam oven selama beberapa jam. Ini pun akan mengelakkan kek dari crack. Sejukkan dalam fridge sebelum makan,

*
Saja bubuh blueberry kat tgh2 nak tgk jd mcmmn

ok ke?tak ok?ok la kut sbb sedap

23 April, 2011

Haaa ...dah bersawang dah...

Salam...
oiii panjangnya tajuk...Bukan pa memang macam tu tengok tarikh akhir nun bulan Disember nuu. Ish nape la malas benor nak nulihnya. Blog lagi satu adala gak entry 2011. Blog ni jenuh gakla terbersin banyak kalinya habuk banyak.kwakwa....

Pekaba sume? Aku ni makin sihat, makin tembam, makin segalanya.. Nak berdiet nak kurus idakla menjadi jugak. Nak buat macammana, suka benor makan ni.

Baru ni adak gak join Bakat main bola tampar tapi tak gak kurus-kurus. Mana idaknya balik penat tapi lapaq palagi makanla...