Showing posts with label Anak terunaku. Show all posts
Showing posts with label Anak terunaku. Show all posts

03 September, 2016

sudah cukup 8 tahun

 salam
20 ogos aritu anak teruna Muhammad Danial Luqman bin Ridzuan dah cukup umonya, 8 tahun. Tahun ni plak dia request kek besday. Tp yang bestnya taknak gambaq kartun ka, apaka, jdlah kek bodo je adalah skit tulih atas tu. N nak sambut dgn kawan@di sekolah. Dia tahu dah umi dia bkn nak buat makan2 di rumah.
Malangnya minggu tu luqman dmam, ari sambut besday nipun dia kata dah tak larat. sedangkan dr umah ok je pun, Mualimah dia tepon bgtau dia xlarat, g amik awal kat sekolah, sok tu pun x p sek lagi.





 kalu tgk gambaq semua xdak senyum langsung ...alahaiii

20 November, 2013

Tazkirah..anak-anak kita

Salam

dapat dr FB pernah jumpa di klinik swasta....

:: PESAN SAIDINA ALI:CARA MENDIDIK ANAK ::

Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.

7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.

7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.

7 tahun ketiga dan seterusnya, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh meroksakkan akhlak.
 





Anak dara n anak terunaku....Semoga menjadi anak yang sihat sejahtera, baik dalam tingkahlaku, baik dalam kehidupan, bijak dalam pelajaran dan pastinya semoga menjadi anak soleh dan solehah...AMIN
 

22 August, 2013

5 tahun sudah....

Salam

Akhirnya cukup 5 tahun anak terunaku...Muhammad Danial Luqman membesar. Alhamdulillah Luqman membesar sihat dan bijak... Sebenarnya tak buat apa-apa majlis pun utk dia...almaklumla ummi dia ni bukan nya pandai masak sgt pun...gitu2 je huhu. Atas desakan kakaknya yg nak buat seprise aku gagahkan diri gak p bli kek. cadng nak bagi kat sekolah Luqman je...tak mau pikir apa2. Tapi anak daraku nak kek utk adiknya , ku pergi juga. Malangnya kek tak sedap. Menyesal tak beli kat Secret Recepi. Nak mengelak dari payah parking ku gagah p kedai King kek...adoiiii nyesal btoi...huhuh
Byk gambar tak terambil...sbb luqman dah tak mau bergambar...ntah mood apa ntah dah tak mau bergambar. Semoga anak teruna Ummi dan abah akan menjadi anak yang soleh, beriman dan baik, mendengar kata, bijak dalam pelajaran dan kehidupan dan  sentiasa sihat walafiat...Aminn



Kek luqman


Abah dan kakak sama-sama dgn luqman

26 August, 2012

Dah 4 tahun la....

Salam

Raya ke 2 aritu genap anak terunaku 4 tahun...Tp aku tak buat papun. Dah raya..dok sambut tetamu la kan.
Balik kg Changlun, tetiba abahcik dah beli kek birthday..siap angry bird lagi huhuhu.Tunggula umi buat kat penang yeee

Kek Angry Bird

4 tahun sudah

Aisyah dan Luqman


Tengah potong kek


Makan time

18 August, 2012

Posa di Pantai Remis

Salam

Bukan nak cite pasal posa sangat pun tp nak cite pasal ayaq tebu. Somi kalu balik pantai Remis bulan posa mesti ayaq tebu pakcik ni jadi rebutan. tp memang ramai pun. Ayaq dia dahla banyak, manis dan sedap.
Gambar tak clear dr hp je , pakcik ni mesin tebu dr atas lori

Punya ramai yang menunggu

Haa nampak tak pakcik tu

Ni anak teruna aku dah boring dah ni

16 June, 2012

Nak makan nasi ayam KFC

Assalam

Teringat semalam tetiba request dari anak teruna nakan KFC.
nak makan ayam upin ipin, nak makan nasi, nak makan milo...adoiii boleh minta yang tu...tak pela janji nak makan. si kakak ajak makan kat KFC je..tp udah memikio segala, maka bawa balik makan di umah je laa.. Akhirnya

utk anak terunaku

Boleh gak makan tapi tak sedap pun

2 set utk anak dara n abahnya
Tapi malangnya dia makan semulut lepas tu tak mau dah, akhirnya kakak dia yg perabihkan...

Demam plak

Assalam

Anak terunaku ni dmam dari malam kamis lagi sampai ke hari ni, hari ahad tak kebah-kebah lagi, asal malam je badan panas ya rabbi. Ubat dah amik, dah jelum macam2 dah tapi tak kebah gak. Sampai aku bercuti la ari jumaat aritu. Akhirnya aku try surf intenet manala tau berkongsi petua di alam maya ni...
Ni aku terjumpa dan terbaca bg aku boleh gak apply utk anak terunaku...walaupun macam utk baby kan..kan. Ni aku c n p tak potong2 tang mn pun..

Credit utk pangkin

Anak demam apa nak buat
ini aku kumpul2 dari satu forum tu...untuk ingatan aku... kalau korang bule tambahkan lagi baik...


36-37.4 normal
37.5-37.9 jaga-jaga, tahap awal demam
38.0-39.0 demam
39.1-39.5 demam kuat
lebih 39.5 KRITIKAL!!!

Cuba bagi air glugos sebanyak mungkin dan sesekali berikan madu bercampur air masak suam buat cair2 supaya tidak tersedak semasa minum

pernah berlaku pada anak saya tapi nasib baik ada sorang tua pandai berubat utk bebudak.. die suh saya cari madu kelulut dan pinang muda kemudian die bagi 1 akar kayu ( tak di beritahu akar apa ) die minta asahkan akar dan pinang muda.. kemudian campur ngen madu kelulut.. kemudian menggunakan kain.. di perah dlm mulut anak saya... alhamdullillah dengan izin Allah esokkan tuh ulser dalam mulut anak saya beransur ilang..

kalau badan panas basuh/lap badan dia >< sama mcm kita ambil wuduk .. ubat demam aku guna pcm suppository 125mg.. bersihkan lidah dia kalau ada keputihan dgn towel kecil basah .. beri minum air rebina (guna botol ada straw) sikit2 tapi kerap .. beri minum susu mcm biasa panas suam guna botol guna puting Doktor Baby warna coklat (sbb lebih kurang sama mcm puting mak dia) .. susu badan ibu lagi baik .. bagi susu tu waktu dia tgh ralit nak tidur .. memang susah sikit tapi pelan2 tolak dlm mulut dia .. bagi makan buah2 (lai @ epal hijau) .. biasanya dia xnak makan sbb ulser dlm mulut tu tambah pulak kena dgn rasa ubat yang doktor bagi tu .. untuk ulser tu sapu dgn "oral aid" .. dia akan rasa sikit kebas tmpt yang kena sapu tu .. tanya nurse@dr diaorg tahu la ..

cari ais krim yg berzat dan lembut bagi kat anak makan

Kalau dia pakai puting...salutkan cecair utk ulser pada puting. Ni dapat menolong spread ubat dgn lebih elok dalam mulut. Pehak hospital sure bagi yg jenis tak pedih..not bonjela pasal still baby.

Ubat demam dan antibiotik rasanya pehak hospital lebih arif dalam hal ini.
Ais krim tu bagi sikit2 je...utk sejukkan tekak dia.
Kalau panas malam dan susah nak bagi ubat demam dan kesian nak kejutkan dia, guna ubat sumbat tapi timing kene jaga.(every 6hrs??) at least badan dia tak panas sangat especially bila kita pun terlelap dan tak sedar.

Yg penting ubat ulser dan antibiotik tu kene maintain...dia akan tetap minum susu bila dah lapar sangat dan kalau boleh jangan buat suam sangat. Sejuk sikit pun takpa.

bab demam panas ni...sekali tu anak kakak saya,tengah dalam teksi nak pi klinik,bila dreba teksi tu dengag kata demam panas...nasib pakcik dreba tu org lama,cepat2 dia cepong anak kak saya tu(anak sulung dia),dia singgah tang shell,bukak paip ayag laju letak anak kak saya bawah pili ayag tu...bagi mandi sampai betoi2 sejuk......baru bawak pi klinik,kata pakcik tu boleh tarek budak ni....nasib....

saya besa kena demam tak mau kebah,luag sejuk dalam panas...pakcik saya lumog dgn asam jawa,satu badan,kepala...lamaaaa..kemudian jurus dgn ayag....mula kaki naik ke kepala....alhamdulillah...

yg femes,kita masa muda dulu,,spare ubat torpedo dalam peti ais..anak demam sumbat kot lubang jubog..tu saja tau...

Insyaallah, lebih AFDHAL. Masa baby dah tidor nyenyak, ambil wuduk. Mulakan dengan mengadap kiblat baca bismillah, tangan kanan tekapkan pada ubun-ubun baby(sambil berniat dlm hati Ya Allah dgn izinmu berilah kekuatan padaku untuk menarik keluar segala kepanasan dlm diri anakku ini)dari bermulanya bismillah tadi. Selawat tujuh kali, Fatihah, 3 Qul, Ayat Kursi kemudian baca surah Yassin. Bila habis surah Yassin baca semula Fatihah, 3 Qul, ayat Kursi dan disudahi dgn Fatihah semula. Barulah tangan kanan yg ditekap pada ubun-ubun baby diangkat dan berdoa. Buat selama 3 mlm berturut, insyaallah dgn izin Allah swt dan ikhtiar dari Ayah kandungnya sendiri, mudah-mudahan hilang panas dalam badan baby sdr TT maka reda lah pedih2 ulser dlm mulutnya.

12 May, 2012

Naik motor...

Salam

Nak naik pun malu-malu

Alahai malu la plak

Ada gaya tak

16 December, 2011

Alkisahnya..

Salam
Setelah dibelek-belek rupanya ada lagi gambo pasal ke Melaka dulu... bukan apa malas dah sebenaqnya nak buh gambaq ni, tenet slow ke, apa ke ntah le lambat beno gambar nak masuk...tak taula bukannya reti sangat nak buat benda-benda ni.
 Sekarang ni dah nak masuk minggu keberapa dah nak buka sekolah balik. Alhamdulillah baju kakak dah pun beli semua cuma buku sekolah aje belum lagi tunggu aku bertugas minggu depan la. kakak pun bukannya ada di mah ni dia ngan sepupunya Haziq ada kat umah abahcik. tinggalla luqman dok tanya bila kakak nak balik sian gak. Dokla dalam umah kalu aku tak bawa kuaq asyik tgk muka kami dua aja...
Abah dia pun dok target nak bw berjalan tp dia pun sibuk dan aku pun bg cadangan apakata Cameron Highland.....hahaah takde tempat lain la tu

Ini la keje anak terunaku bila boring amik gambar aje..

08 November, 2009

anakandaku

Hari tu bawa anak-anak ke padang Kota. Sebelum tu kami p Mydin. Cadang nak g makan-makan kat padang Kota tapi rasa kenyang lagi.. n masih awal lagi so main-main je laa


anak dara ni memang suka naik buaian

anak teruna ni pun suka sampai tak mau bangun



Tapi malangnya km kena saman sbb tak buh duit klat meter masalahnya meter tu rosak. Komplen dkt pguatkuasa tu dia kata ..orang lain la bukan dia... kalu tgk masa tu memang dia...

hampehhh btoi...

16 June, 2009

Nak Berjalan

Anak terunaku Muhammad Danial Luqman dah mula nak meniti...orang kata kira nak memanjat atau berpaut. Tp tula merangkaknya belum. Macam nurse Rsat kata budak sekarangtakdak merangkak dah terus berjalan. Kebetulan balik kampung terlupa bawa balik 'walker', apalagi Danial Luqman menyuluq habis-habisan.


Di dapur ni tengah nak memanjat kerusi meja makan. Saja biarkan dia buat sendiri dan turun sendiri. Tapi semakin membesar bertambahla 'buasnya'.Anak lelaki kut lasaknya lain