Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

13 November, 2013

Resepi Smoothies dengan ESp Shaklee

Salam

Banyak berjalan luas pandangan ...tapi yang nak cite ni bukan jalan-jalan atau cuti-cuti Malaysia. Sebenarnya BW tapi memang banyak pandangan, pendapat, maklumat dan kisah benar yang aku dapat. Bukan apa dah cuti kan so ada kesempatan menelaah sikit kalu tak tgk yg aku nak cari jee..Haa dah melalut panjang-panjang satgi tak sampai ke tempat yang dituju.
Sebenarnya aku mencari resepi smoothies untuk diet , banyak tgk resepinya kena campur dengan sayur hijau. Rasa macam tak lalu tapi org kata tak try tak tahu kan...Dah try boleh jatuh cintaa daaa....

Credit to blog ni  ....jom try :

1 gelas air masak-sejuk
1 tbsp ESP Shaklee (namapak tak dengan ESP Shaklee terbaikkkk)
1 tsp susu pekat (ada yg bubuh youghart )
1 biji pisang
3-4 biji strawberry
kisar pakai blender..
minum

* tambah 1 scoop vanila ice cream lagi sedap


03 July, 2011

chocolate chip cookies

Salam
Chewah resepi lagi...ahaks bukan apa ni first time nak buat. teringin lama dah nak buat. Tgk2 bahannya ada apa lagi mengacau je la. Buat pun tak banyak ...nak try je...takut tak jadi. Alhamdulillah jadi..sedap tapi rasa manis sikit. lepas tu buh coklat chip banyak lebih sukatan alaa bukan apa sendiri masak...suka suki je huhu. Resepi amik kat sini. Mengikut tuan umah resepi ni amik dari buku 500 resepi cookies dan ini yang paling senang. kiranya sesuai la aku ikut resepi ni. Tun minta izin c n p yeee. Sharing is happy...huhuhu adaka...



Bahan2:

  • 1 cwn butter/margerine
  • 3/4 cwn gula perang
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)
  • 1 sk vanilla
  • 1 cwn chocolate chip
  • 1 sk garam (kalau guna butter, kalau marjerin x perlu sbb dh masin)

Cara2:
  • Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  • Masukkan bahan yang di ayak dan gaul sebati.
  • Masukkan pula chocolate chips dan gaul sebati lagi.
  • Sudukan atas loyang (me x letak gris sbb cookies bila bakar dh sedikit berminyak). Jarakkan sbb dia akan mengembang.
  • Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit (ikut oven). Tunggu sampai agak sejuk baru alihkan ke dalam bekas kedap udara.
  • **Cookies agak lembut ketika panas dan akan mengeras setelah sejuk. 

Jemput makan

    17 May, 2011

    Kek lagi


    Salam
    Ni dia kek lagi. Sebenarnya dah lama nak makan kek. Tak tau nak buat kek apa cari punya cari jumpa la Moist Chocolate Cake. Kebetulan plak adik nak mai waktu Cuti Wesak ari ni...So selamat gakla kek tu ada sikit je  lagi. Resepi amik umah Kak Ummi. Selalu bukak blog ni bila buntu nak masak.Resepi asal dari sini.


    Bahan:- (loyang 21 x 21 x 3 cm)
    • 2 cawan tepung gandum } diayak
    • 2 sk baking powder } bersama
    • 2 cawan gula halus
    • 4 biji telor gred A
    • 250 gm butter
    • 2 sk esen vanila
    Bancuhan koko (Pes Coklat):-
    • 1 cawan serbuk koko
    • 1/2 cawan gula halus
    • 1 cawan air panas
    • 1/2 cawan susu cair (akak guna fresh milk)    
    •  
    •  
    • Cara Membuat:-
    • Untuk bancuhan koko, masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dalam periuk. Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat. Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap. Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan.
    • Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang.
    • Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
    • Masukkan esen vanila dan gaul rata.
    • Masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan bancuhan koko tadi. Gaul rata dengan spatula.
    • Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180C. (resepi asal hendaklah dibakar dengan api atas bawah, tapi akak bakar macam kek biasa, api bawah sahaja, ok je)
    • kalu sapa2 perasan ada bekas muffin. Sebenarnya dari bancuhan asal gak tapi takut terlebih melimpah ruah plak....bukan pa tak tau ukuran loyang    kuikui 
    •  ada lagi-yg warna-warni tu request dari anak daraku

      29 April, 2011

      Blueberry cheesse cake

      Salam

      Wah kali ni jadi entry masakan plak. Sebenarnya dah lama buat minggu lepas gak la. kira entry tertangguh. Sebelum ni tak pernah buh pun resepi. Saja la nak buh first time buat terus jadi tu yang best tu...Reepi amik kat sini. Cuma tak bubuh sebiji-biji tapi bli kat kedai terus blueberrynya.
      Resepi c n p je cuma ubah pada 1/2 adunan sbb cheesenya bli satu jee

      1 bungkus Biskut Digestives atau biskut Marie... beli sebungkus tapi nak pakainya separuh sahaja. Dalam dua cawan penuh. hehe. Lain la kalau ada jual timbang kan. Kalau suka biskut lebih, boleh saja gunakan sebungkus. Takda sapa nak marah. Bibik ok je.


      Bahan-bahannya
      2 bekas soft cheese jenama Philadelphia yang setiap
      satu seberat 300 gram.
      2 sudu besar butter tak payah membumbung.
      Biasa-biasa sahaja.Lebih nanti berminyak.
      3 biji telur perlu dibasuh dan perlu dilap untuk bagi kering.
      1 cawan gula. Tak perlu tambah lagi. Satu dah ngam-ngam elok manis.
      2 sudu besar tepung. Tak perlu membumbung.
      1 1/2 sudu kecil esen vanilla.
      1/4 sudu kecil almond extract.
      1 1/2 cawan blueberry (fresh atau frozen, kalau frozen jangan defrost, guna terus, nanti cheesecake jadi biru!).
      Biskut dihancurkan menggunakan blender kering. Kemudian campurkan dengan butter. Cairkan butter dalam microwave lebih kurang 10 saat. Tak cukup. Tambah 5 saat lagi. Kemudian kepal-kepalkan. Agak-agak boleh kepal tu oklah. Kalau biskut masih berderai tambah sedikit butter. Kemudian tekan ke dalam baking tin yang telah dialas dengan baking parchment. ( kertas minyak untuk memasak. Bukan yang untuk balut buku tu ye. Kang tak pasal-pasal ada yang beli kertas minyak warna coklat. Sila peringatkan suami anda. Kalau mereka yang beli barang. ) Dah siap tekan. Masukkan dalam freezer sampai ready untuk guna. Bungkus dengan plastik untuk mengelakkan bau makanan lain melekat pada biskut.
      Dalam mangkuk lain, pukul krim cheese hingga sebati dan berkrim.Kemudian masukkan gula, pukul lagi hingga sebati. Seterusnya masukkan tepung, sebatikan.Kemudian telur, satu persatu setiap kali dipukul hingga sebati. Jangan masukkan 3 biji sekali pukul. Sebiji telur. Pukul. Kemudian masukkan lagi sebiji. Pukul. Sampai cukup tiga biji. Pukul bagi sebati. Anggaran dalam seminit setiap sebiji telur. Macam tu ye..Kemudian, masukkan vanilla & almond extract.
      Tuang adunan kek ke dalam baking tin tadi. Goncangkan sikit untuk ratakan permukaan. Jangan pulak goncang sampai bergegar. Err.. dengan perkataan lain. Goyang macam kita duk ayak tepung. Perlahan je kan.

      Kemudian, ambil bluebery, dan tabur ke seluruh kek. Kalau batter tu agak thick, maka campaklah blueberries itu dengan penuh perasaan supaya terbenam ke dasar kek. Kenapa tak campur terus? Takut nanti cheesecake jadi warna biru. Bakar guna teknik waterbath utk hasil yang cantik selama 45- 55 minit. Jangan sampai kek terlebih masak dan mula pecah-pecah. Selepas masak, keluarkan baking tin dari bekas berisi air, dan tinggalkan ke dalam oven selama beberapa jam. Ini pun akan mengelakkan kek dari crack. Sejukkan dalam fridge sebelum makan,

      *
      Saja bubuh blueberry kat tgh2 nak tgk jd mcmmn

      ok ke?tak ok?ok la kut sbb sedap

      09 December, 2009

      tensen lagi

      Sebenarnya ari selasa ari tu pekse, paper b.m. Dapat paper je terkedu...soalannya ..tidakkkkkk...



      Cadang nak g jalan-jalan lepas exam. tapi tak jadi, dok dalam kete senyap.geram, sakit ati. semua ada. Macammana la nanti keputusan nanti..Balik umah rasa letih yang amat sangat... cadang nak masak tapi tak jadi. tapi malam ni memang nak masak release tensen.kwakwa.Resepi ikut sini, suka baca blog kak ummi ni rajin orangnya.Gambar nanti nak update