18 December, 2013

Jalan-jalan ke Taiping

Salam

Entry ni tak la basi lagi tapi lama dah la,hehe. Sebenarnya setelah beberapa kekangan maka sesi bercuti adikberadik tak dapat dijalankan. In Sha Allah akan ditunda ke tahun hadapan. Namun aku tetap nak pegi jugak perancangan awal nak ke Port Dickson lpas tu nak singgah di Nilai tak pernah p lagi. Lepas tu tgk Melaka plak ..ada tempat best gak. Tapi tu la kita merancang Allah yang tentukan.. Ttiba wira hitam km aircondnya rosak dan perlu diganti terbangla duit melayang-layang beratus gakla...Terus tersenyap sat huhuhu duit takde...nak p berjalan gak.. Setelah pusing-pusing akhirnya tempat yg dekat jadi pilihan. Taiping la apa lagi.

Mula tu ada nak ke Kamalodge tapi dah agak mesti penuh p tempat satu lagi Taiping Golf Resort. Km pun bertolak la ke Taiping, setelah dibooking dari orang perseorangan. layan gambar  yee



tv dan siaran 1,2,3 dan 7 huhuh

pandangan dari katil

sofa bed...selesa gakla

katil pandangan dari sliding door

pandangan ke luar pool terlindung di balik pokok


bantal tambahan dan selimut

bagi aku bolehla bilik ni bagi km yg badget kecik ni....RM110.00 untuk 1 malam tak termasuk breakfast. Aku dah lupa kat mana aku amik ni..tp aku ada no telefonnya
Encik Nik =0135286388
En Nik memang sempoi sbb tak minta bayaran dah km check out barulah km bayar penginapan.
Cuma satu jela tempat makan agak jauhla dlm 10 minit berkereta, tapi tu takde masalah kalu bawa bekalan makanan. Macam aku malm tu km makan di kedai tomyam dan sarapan di kedai mamak. Kedai tomyam tu kyreng sikit kedai mamak biasala marveles....
Mlam tu jugak kami ke Pasar malam dkt dgn Stesen Bas. punyala besar dan bermacam jenis dijual. Memang bestlah...Ekceli km ke sana pada hari rabu so pasar malamnya malam kamis la kan hehehe





apa yang pasti ada pool. Dia memang bahagikan dua untuk kanak-kanak dan dewasa. lupa nak bgtau di tempat ni takde cafe, cafe yg ada untuk pelancung korea. So kalu nak makan kena ke atas sikit.Untuk breakfast RM20.00 untuk dewasa n untuk kanak-kanak RM12.00. Km tak cuba pun heheheh.
Bagi km sangat oklah Taiping Golf Resort ni...

12 December, 2013

Makan-makan di Kodiang

Salam

Pernah dengar pasal Kodiang? Kodiang ni rasa lebih glamor dari Changlun. Dan orang kenal Kodiang Dari Changlun, Padahal Kodiang ni pekan kecik je..bagi aku takde pa cuma terkenal dengan Nat Kodiang. Di Kodiang ni ada satu kedai makan Pasembur Ghani. Dah lama kedai ni dari mak aku kecik-kecik lagi. Mak aku selalu cite balik sekolah mesti singgah sini, makan mee la atau ais kepal. Aku balik aritu punya teringin nak makan mee goreng Ghani...dulu kerap beli bungkus. Kebetulan mak kau nak p Tabung Haji..So aku amik kesempatan makan mee goreng kat situ tapi takde gambar la, lapaq sangat...
Bila abahcik balik  tetiba dia ajak p makan mee Ghani plak. Heheh bagai orang mengantuk disorong bantal...makan lagi sekali. Kami p makan pada waktu malam.


mamacik ngan aisyah

Abahcik  dan mamachik

Waktu ni dah cerah dgn generator
Tapi malang tak berbau, tetiba blackout adoooiiii, mlm tu makan bertemankan cahaya hp dan tab...Setelah sekian lama barula generator kedai Ghani berfungsi. Eloklah km pun dah nak abih makan. Malam tu memang satu Kodiang bergelap bukan saja Kodiang sampai ke Changlun gelap...

10 December, 2013

Cuti....Alor Setar

Salam

Cuti baru ni aku balik kampung dan di kampung aku memang takde tenet..tunggu balik penang jela. Segala wasap atau FB sume senyap sunyi. Dan sudah pasti tak update blog ..Bila dah tertangguh terus tertangguh bilamana tambah penyakit M aku tu.
Kebetulan balik aritu bantuan RISDA untuk pekebun getah diberikan. Sib baik la aku ada so aku leh le bawa mak aku ke pejabat RISDA di Alor Setar..Akupun amik kesempatan jalan-jalan ke alor Setar sama. Papun layan gambar jee



Di hadapan Galeri Sultan abdul halim Muadzam Syah


Yg ni aku tak tahu tempat apa tapi cantiklah

Tak tahu boleh masuk atau tidak pintu katne pun aku tak tahu...warga Kedah saja....

22 November, 2013

Yahooo....Cuti...

Salam




yeee cuti sekolah...walaupun dah seminggu cuti tp, km sebagai guru ni kena p sekolah juga menghadiri taklimat kssr tahun 4...Dan minggu 25hb Nov ni adalah minggu cuti...sehingga 16 Disember ...aku bertugas plak..
Ke mn cuti kami tahun ni..Seperti entry yang lepas2 aku dok confius dan memilih yg mn untuk cuti-cuti adik beradik kami... Kalu tak minggu 25 Nov ni nak berjalannya cuti2 adik beradik...tp apakan daya pelbagai dugaan dan rintangan pada tarikh tersebut ...
Pak ngah n makngah terlibat dalam peperiksaan SPM...Manakala abahcik pula terdapat kekangan dar mamacik. So abahcik bagi cadangan p selepas anak daraku habis UPSR tahun depan.
Namun begitu....ayat macam ayat karangan...aku akan cuba p jugak untuk cuti-cuti Malaysia ni..Pastinya nak release skit tensen waktu keje...(konon)..tp aku tetep akan pergi sbb aku suka jalan-jalan. Cuma tak pasti ke mana...Harap murah rezki kami dan takde halangan nak bawa anak-anak ku berjalan...







Cuma yang pasti aku akan balik kampung ...tgk kampung sat n kebetulan mak aku ikut rombongan ke Kelantan....chewaahhhh jalan-jalan lagi. harapan aku jalan ke kampung Changlun clear sbb aku risau gak kete banyak..







20 November, 2013

Tazkirah..anak-anak kita

Salam

dapat dr FB pernah jumpa di klinik swasta....

:: PESAN SAIDINA ALI:CARA MENDIDIK ANAK ::

Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.

7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.

7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.

7 tahun ketiga dan seterusnya, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh meroksakkan akhlak.
 





Anak dara n anak terunaku....Semoga menjadi anak yang sihat sejahtera, baik dalam tingkahlaku, baik dalam kehidupan, bijak dalam pelajaran dan pastinya semoga menjadi anak soleh dan solehah...AMIN
 

19 November, 2013

Kisah remaja dan Villa Nabila....

Salam
Kisah ni yang tengah femes sekarang, macam-macam hal budak zaman sekarang ni. Ish aku tak tau nak cakap la...Na'uzubillah...mintaklah dijauhkan dari anak-anak aku perangai tak semenggah ni.  Aku rasa pun memag patutla remaja ni dikenakan tindakan khidmat masyarakat, biar dia tahu tindakannya itu. Kadang-kadang remaja ni dia jadi bangga bila dia rasa dia femes dengan cara tu...Bukannya malu atau takut. Hishhh kalu adik aku mau aku panampau jepun...
Apa yang aku heran ada remaja perempuan dan boleh dikatakan mereka ni remaja dalam lingkungan 13-16 tahun. Mereka kaluar malam sehingga tengah malam masih berada di luar....Diluar rumah ok!!
Macammmna keadaan ini boleh berlaku sehingga ke tengah malam remaja-remaja ni berada di luar rumah dan ibubapa masih tak tahu atau tak peduli atau tak kisah atau tak mengapa...Allah Huakabar!!!
Harap kejadian ini tidak berlaku pada anak-anakku....Walau apapun hanya remaja-remaja ini dan keluarga mereka yang tahu


Ni aku dapat dari blog Ni 









17 November, 2013

Smoothies lagi...


 



salam

Akhirnya aku dah buat Smoothies tapi tanpa sayur ...Aku cuba buah dulu...ala perlu la nak kena cuba dulu kan. Resepi kali ni  aku guna

Segelas air
2 biji pisang
2 biji mempelam epal yg dah masak ( kebetulan yang ni je yang ada)
ESP Shaklee (pastinya aku campurkan sekali nyummmii)


Blend sume skali...Tuang dalam gelas dan minum...Aku nak sejuk sikit aku buh dlm peti ais dlm sejam aku minum...sesetgah org buh ais ketul tp aku tak suka sgt ais. Ada juga sstgh tu guna air sejuk dr peti ais atau buah tu disimpan dlm peti ais...
Bukan nak bohong la ( macam ayat budak2 je) meman sedappp..

16 November, 2013

Sesekali Jiwang boleh tak...?

Salam

hahahhah tgk tajuk tak boleh tahan...apalah makcik ni...dah tua-tua nak jiwang ke? Tp aku dok tgk umo2 aku ramai yang ayat-ayatnya fuh   sentimental, jiwang nya mengalah zaman remaja dulu....adooiii sampai aku pun heran awatla depa ni jiwang sangat. Ayat syahdu je...Tapi tula kita bukan berada di tempat dia kan Mungkin dia sunyi perlukan teman perlukan belaian. Aku kata macam tu sbb aku rasa dia ibu tunggal (aku tak tanya pun sbb dia tak rapat sgt ms zaman sekolah dulu)

Ok berbalik pada kisah aku ...aku la ni tangkap syahdu pada lagu ni Sandiwara Cinta...Selalu dok dengar tapi satu pagi ni aku sorang2 dalam kete...bila dengar Fuuhh bestnya. Tapi tul lagu Indon gak kan. Selalu lagu feveret aku mesti lagu Indon....tapi aku tau xlama ni  aku mesti cepat jemu punya...


Sandiwara Cinta By Repvblik
Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

14 November, 2013

Kelebihan ESP Shaklee


ESP-Energizing Soy Protein

Salam

Shaklee memang banyak kelebihannnya...tidak dapat disangkal lagi. ESP Shaklee adalah produk Shaklee POJAAN ramai ini bertambah kelebihannya bila digandingkan bersama vitamin Shaklee yang lain...Boleh tgk...dan buat pilihan ... 
Yang mana sesuai dengan anda?

* ESP + Vitamin E = Untuk kecantikan dan kecerahan kulit
* ESP + Alfalfa = Milk Booster
* ESP +Osteomatrix = Kurangkan Sakit kepala dan kurangkan kuning atau jaundice pada anak bagi yang menyusu badan
*ESP + ZINC = cepatkan penyembuhan luka bersalin dan untuk rambut gugur
* ESP + Omegaguard = Kurangkan risiko keguguran dan kelahiran premature bagi ibu hamil
* ESP +  peppermint ginger plus = kurangkan alahan bagi ibu mengandung
* ESP + lecithin + Alfalfa = kembali bentuk badan yang cantik selepas bersalin/untuk kurus

13 November, 2013

Resepi Smoothies dengan ESp Shaklee

Salam

Banyak berjalan luas pandangan ...tapi yang nak cite ni bukan jalan-jalan atau cuti-cuti Malaysia. Sebenarnya BW tapi memang banyak pandangan, pendapat, maklumat dan kisah benar yang aku dapat. Bukan apa dah cuti kan so ada kesempatan menelaah sikit kalu tak tgk yg aku nak cari jee..Haa dah melalut panjang-panjang satgi tak sampai ke tempat yang dituju.
Sebenarnya aku mencari resepi smoothies untuk diet , banyak tgk resepinya kena campur dengan sayur hijau. Rasa macam tak lalu tapi org kata tak try tak tahu kan...Dah try boleh jatuh cintaa daaa....

Credit to blog ni  ....jom try :

1 gelas air masak-sejuk
1 tbsp ESP Shaklee (namapak tak dengan ESP Shaklee terbaikkkk)
1 tsp susu pekat (ada yg bubuh youghart )
1 biji pisang
3-4 biji strawberry
kisar pakai blender..
minum

* tambah 1 scoop vanila ice cream lagi sedap


ESP Shaklee dan kebaikannya


ESP-Energizing Soy Protein
 

Salam

Sapa pernah cuba, makan ,minum ESP? Sapa tak cuba memang rugi besar..Pada yang dah cuba tu mesti nak lagi, nak lagi...mesti nak minum kalu tak minum satu hari rasa tak lengkap betul dak? Itulah sebabnya ESP ni antara produk Shaklee yang terlaris dan sentiasa mempunyai  permintaan tinggi dan Best Seller.
Antara sebab yang ESP Shaklee ni betul-betul menjadi POJAAN ramai adalah...

Kelebihan ESP ini ialah;
# membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ  terhasilnya  sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
# menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
# setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian
# kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
 # indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Oleh itu setelah kita mengamalkan ESP Shaklee, benefit yang kita dapat:

* Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa   energetic   dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)

* Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)

* Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.

* Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

26 October, 2013

Cuti hujung tahun....jalan-jalan kita

salam...

Cuti lagi dah nak hampir....ke mana kita agaknya...Bila cuti je aku pening kepala dok tgk mana-mana web, blog yang cite pasal jalan-jalan, kisah depa bercuti memang seronok baca...bila dah baca ada target nak ke tempat tu pastu buat anggaran bajet..almaklumlah 'orang kaya' hehehe. Tambahan pula ni jalan-jalan atau bercuti adik beradik...kalu km je senang huhuh.
Tapi tula masalahnya...anak daraku mayb ada tution...makngah n pakngah kena jaga periksa n tanda jawapan periksa SPM...dan gengar2 cite plak mayb somi aku kena sambung lg kursus sepanjang cuti ni hadoiiiii....tak ke mana la....aku ni tak boleh aci cuti aku kena berjalan..aci nak berjalan je kena waktu cuti laa...

Antara tempat target nak p

1. Melaka - dah dua tahun berturut2 aku ke Melaka...tapi ikut kata member aku dia memang tak jemu p Melaka

2. Cherating n Terengganu - kawan aku tak galakkkan aku cdg mayb bulan 3 tahun depan

3. sabah - Frustnya sbb tak tempah tiket MAS murah untu kakitangan kerajaan tu..sbb no respon dr adik2..Nanti kang aku je yg p depa gaduh plak...Mayb taun depan kut lpas anak daraku exam.

4. Bukit Fraser - ramai org kt takde apa kat sini....sekadar semalam je boleh la...tp aku kan suka sejuk2 (walupun ktanya dah tak sejuk tera mana)

Aku pun tak pasti la..menjadi ke tidak bercuti tahun ni...Ada rezki InsyaAllah...

Menu diet seminggu...

Salam

Hehe aku yang tergelak sendiri aci, buka blog je entry pasal diet...aci nak buh entry je pasal diet,,,rasa cite pasal diet ni dr tahun lepas tapi takde hasil...berat makin bertambah adalah...huhu sedih tau...
Ni aku jalan-jalan sebenarnya mencari laaa aku jumpa blog ni DOK. dan dia bg menu diet untuk seminggu...untuk org yang mencari alasan bila nak diet huhuhu..

ISNIN

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi (aku cadangkan muesli) &  segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air sejuk) *guna air sejuk, kalau tak memang lemau la nak membaham mende ni.
Kudapan 10 pagi: 1 gelas air kosong + segenggam kacang/badam/gajus panggang kurang garam
Makan Tengahari: 1 keping tembikai + 1 senduk nasi + 1 hidangan ikan bakar & air asam/kicap bawang + 2 senduk sayur rebus/stir fry  + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang: 1 gelas air kosong + 1 pek kecil biskut (2 keping) *suka hati korang la biskut apa pun, asalkan 1 pek kecik tu je.
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal + 1 sandwic tuna rendah lemak dgn tomato & timun + 1 gelas air kosong

SELASA

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 biji epal + 1 sandwic telur hancur dgn tomato & timun & sos (masak telur guna 1 sudu teh minyak zaitun atau guna hirisan sebiji telur rebus je) + segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam)
Kudapan 10 pagi: 1 gelas air kosong + 1 pek kecil biskut (2 keping) *aku suka Jacob's Hi-Fiber
Makan Tengahari
 : 1/2 biji jambu batu + 1 senduk nasi + 1 ketul dada ayam sederhana & sedikit kuah + 2 senduk sayur campur/rebus + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang: 1 gelas air kosong  + segenggam kacang/badam/gajus panggang kurang garam
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal + 1 mangkuk kecil/bungkus laksa Penang + 1 gelas air kosong

RABU

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 biji epal + 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi (aku cadangkan muesli) &  segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam)
Kudapan 10 pagi: 1 gelas air kosong + segenggam kacang/badam/gajus panggang kurang garam
Makan Tengahari: 1 keping tembikai madu/susu + 1 ikan bakar & air asam/kicap bawang + 3 senduk sayur campur/rebus + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang: 1 gelas air kosong + 1 mangkuk kecil jagung manis rebus (jangan tambah gula, garam atau butter)
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal + 1 dada ayam gril + salad campuran (nnt aku letak resipi) + 1 gelas air kosong

KHAMIS

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 biji epal + 1 sandwic ayam dgn salad, tomato & timun + segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam) *guna ayam malam tadi
Kudapan 10 pagi: 1 gelas air kosong + 1 pek kecil biskut (2 keping) + sedikit kismis
Makan Tengahari: 1 keping tembikai + 1 senduk nasi + 1 ikan asam pedas & kuah + 2 senduk sayur campur/rebus + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang: 1 gelas air kosong + 2 biji oren
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 yogurt kecil atau 1 biji oren +  1/2 keping naan cheese + kuah dhal + 1 gelas air kosong

JUMAAT

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 biji epal + 1/2 keping naan keju (baki semalam, sila panaskan) + kuah dhal + segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam)
Kudapan 10 pagi: 1 gelas air kosong + 1 pek kecil biskut (2 keping)
Makan Tengahari: 1 keping tembikai + 1 senduk nasi + 1 ketul ayam goreng (sila buang kulit sebelum makan) + 2 senduk sayur campur/sup sayur + sambal belacan + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang : 1 gelas air kosong + segenggam kacang/badam/gajus panggang kurang garam
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal + 1 mangkuk sup sawi diet dengan mi kering + 1 gelas air kosong *nanti aku bagi resepi 

SABTU 

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 biji epal + 2 senduk nasi goreng + 1 gelas air limau suam/ais kurang manis
Kudapan 10 pagi : Segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam)  
Makan Tengahari: 1 senduk nasi + 1 senduk paprik ayam/seafood + 2 senduk sayur campur + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang: 1 gelas air kosong + 1 mangkuk buah-buahan potong
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal + 1 sandwic tuna rendah lemak dgn tomato & timun + 1 gelas air kosong

AHAD

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 bungkus kecil nasi lemak + 1 kuih manis + 1 gelas air kosong
Kudapan 10 pagi : Segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam) 
Makan Tengahari: Suka hati, asalkan tak melantak. Boleh makan fast food, tapi pastikan anda minum air mineral saja.
Kudapan 3 petang: 1 gelas air limau kurang manis + 1 mangkuk buah-buahan
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal +1 mangkuk sup sawi diet/1 mangkuk kecil jagung manis/1 mangkuk kecil bubur oat + 1 gelas air kosong

Resepi aku semuanya menggunakan minyak zaitun menggantikan minyak biasa. Aku rasa, minyak zaitun wajib ada dalam diari orang berdiet. Mahal, tapi kita guna cuma 1 sudu teh je setiap kali nak memasak. 1 botol tu memang akan tahan lama. Kekacang pun aku suka, tapi aku pilih jenis yang tidak digoreng dan kurang masin. Kadang-kadang aku makan green peas dalam tin tu, untuk makan malam. 


Sori la aku C n P btoi2,,Tuan punya blog ni jugak suka mengamalkan susu skim...
Cuba minum susu skim setiap pagi, sebab susu skim membekalkan kalsium serta membantu diet dengan berkesan. Orang yang minum susu skim lagi cepat turun berat badan berbanding yang tak minum. Susu skim boleh beli di Jusco, cap Sunlac. 
Ini adalah penyataan dari beliau...Aku tak berani nak minum susu skim takut gemukss (tak sedar diri dah memang gemuks) 

09 October, 2013

Tabung kewangan...

Salam

Sy ni suka BW...sampai kawan-kawan tegur...bagi depa banyak membuang masa dok bc blog org yakni cerita org, diary org dan kehidupan org....Apa yg depa tahu aku suka bc terutama kisah jalan-jalan atau bercuti...Ye semenjak anak-anak makin besar semenjak rasa kukuh sikit, semenjak somi mudah dpt cuti sy suka berjalan yakni bercuti...dan sy suka jalanke blog2 yang dok kisah pasal berjalan sebab senang saya nak badget, senang nak cr tempat best. Saya perlukan semua tu sbb km ni hanya mengharapkan duit gaji semata-mata utk berjalan dgn kata lain tak ada income lain (nak buat macammn dah cuba tak boleh2 gak). Dan somi sy juga bukan jenis suka berjalan atau mencari tempat jalan2. Sy la semua yg rancang dan sedia...somi jd drebar je huhuhu.
Tapi depa tak tahu lagi blog terbaru yg saya  suka terjah blog kisah pasal rumah, decorate rumah, cara nak tambah hartanah (walaupun tak tercapai lagi huhu)...walaupun rumah sy masih macam tongkag pecah...tp sy suka...
Sebenarnya bukan nak cite pasal2 benda ni mayb next entry sy bercerita...dalm dok BW sy terjumpa pasal ni tabung kewangan...dari dulu sy suka bc walaupun jarang praktik..tp sy suka bc.Pertama kali sy baca kisah bekas pembaca berita tv3 apanama ntah lupa la...dia kata dia memang suka membeli tapi dia akan pastikan dia simpan 10% (kalu tak silap la) dr pendapatanny utk simpanan.dan ada lagi ...Ni saya dapat dari blog Marlia. Kredit utk beliau ...tulisannnya ringkas berkenaan tabung kewangan sy C n P je...

1. Financial Freedom Account (FFA) – 10% dari gaji
- masuk je gaji simpan 10%, PAKSE simpan & konsisten!! AWAS, akaun ini tidak boleh dikorek semula melainkan umur mencecah 55 tahun. 
2. Long Term Saving & Spending Account (LTSS) – 10% dari gaji
- yg ni plak simpanan utk matlamat jangkamasa pjg..cthnye, nk beli rumah ke..so atleast u got cash nk byr deposit etc..
3. Necessity Account (NEC) – 55% dari gaji
- yg ni plak utang2 la..segala bil, jgn sesekali cengelat amik duit dari akaun ni utk shopping reward diri (ckp utk diri sendiri nih)
4. Education Account (EDU) – 10% dari gaji
- yg ni utk tmbh ilmu..utk diri sendiri, anak2, family...cthnye join program apa2, yg berbentuk keilmuan lah..
5. Play Account (PA) – 10% dari gaji
- akaun PALING MEMBAHAGIAKAN...hehehehe ..nk lg best, kumpulkan tiap2 bln 10% pastu nk g cuti2 ke, gune duit nih..
6. Charity Account – 5% dari gaji
- ni akaun utk saham akhirat lah...2.5% byr zakat, selebihnya bagi parent, tlg org memerlukan etc..  
"Bagaimana pula jika timbul persoalan? Saya tidak dapat menyimpan kerana beban hutang? Belanjawan defisit? Zero saving? Soalan ini pernah ditanya sewaktu seminar tersebut. Maka jawapannya secara umum ialah, kurangkan (cut down) perbelanjaan yang tidak perlu (membazir) dan tingkatkan pendapatan. Maka dari situlah, saya yakin bahawa setiap orang jika hendak mengubah hidup ke arah lebih baik hendaklah bermula untuk membuat part time job atau bisnes. "     -Dr Solah yg ckp..
rasenye, bace buku sape2pon..mmg diorg akan quote find part time income klu nk jana $$ lebih


aku c n p btoi2 ..nak tahu lebih lanjut dr blog Dr SOlah

Aku nak cuba gak la...cara ni...try Walaupun dah tua nak merancang segala tp better late than never (btoi ka) hehe

08 October, 2013

Rumah...lagi

Salam

Bukan aku bli rumah baru yee...kalu aku bli syok gakkk kan . Tapi rasa kena hold dulu. ekceli ni umah somi aku..Kat Kamuntimg Taiping. Rumah ni rumah teres setingkat kos sederhana 3bilik 1 bilik air.. Sebenarnya rumah ni sebelum ni ada org sewa, dan sewa dan lpas abis org sewa, ada org masuk. Kira tak putus la. Dan sejarah rumah ni pun macam bilaman org tak bayar 6 bulan kena perambat...ialah dah tak bayar abih ko nak dok freee ...
Setelah org dah kluaq somi dah taknak sewa rumah tu dah jadi tak macam rumah...Sayang ko...rumah kita bayar beratus walau tak banyak tapi beratus gak huhuuh So somi aku cdg nak buat homestay..kakak sebelah umah pun cdg mcm tu ..walaupun ramai yg dok tanya nak sewa tapi tak berani dah...Tapi kau tahula walau nak buat homestay pun banyak gak nak abih..almaklumlah macam nak masuk umah baru le...perbaiki yg mn rosak, cat yg mn patut..macam-macam la
ko layan tgk gambar ye...umah yg teruk ni


Ni halaman kotor kan...banyak nak kena buat tu
Grill sliding door dah berkarat perlu dibaiki gak
pintu bilik air dah tercabut dan kotor

ni asal ada sinki dicabut dan dipotong

kolah tak taula nape jd macam ni

sinki tunggu masa nak rebah, kepala paip pun memang nak kena ganti

tandas ni tgk sendiri la
dinding kena conteng

lagi contengan

dan lagi....setiap bilik tu
Sebenarnya ada lagi dinding yang dipaku ikut suka je....adoii sedih tgk.Kadang tu aku terpikir depa ni duduk ,pakai duduk ke tak boleh buat mcm rumah sendiri ke jg elok2 cuci bg bersih. mungkin kesilapan pihak km gak tak pantau..so tanggungla akibatnya hahahh ( ayat sedap ati)
Aku lupa nak amik selepas ...maknanya aku cuci la sikit bilik air dan tandas..kalu tak anak aku pun tak lalu nak masuk.
nila serba sedikit rumah km yg nak kena diperbaiki, dienovate dan ditambah..next entry yee...