26 October, 2013

Cuti hujung tahun....jalan-jalan kita

salam...

Cuti lagi dah nak hampir....ke mana kita agaknya...Bila cuti je aku pening kepala dok tgk mana-mana web, blog yang cite pasal jalan-jalan, kisah depa bercuti memang seronok baca...bila dah baca ada target nak ke tempat tu pastu buat anggaran bajet..almaklumlah 'orang kaya' hehehe. Tambahan pula ni jalan-jalan atau bercuti adik beradik...kalu km je senang huhuh.
Tapi tula masalahnya...anak daraku mayb ada tution...makngah n pakngah kena jaga periksa n tanda jawapan periksa SPM...dan gengar2 cite plak mayb somi aku kena sambung lg kursus sepanjang cuti ni hadoiiiii....tak ke mana la....aku ni tak boleh aci cuti aku kena berjalan..aci nak berjalan je kena waktu cuti laa...

Antara tempat target nak p

1. Melaka - dah dua tahun berturut2 aku ke Melaka...tapi ikut kata member aku dia memang tak jemu p Melaka

2. Cherating n Terengganu - kawan aku tak galakkkan aku cdg mayb bulan 3 tahun depan

3. sabah - Frustnya sbb tak tempah tiket MAS murah untu kakitangan kerajaan tu..sbb no respon dr adik2..Nanti kang aku je yg p depa gaduh plak...Mayb taun depan kut lpas anak daraku exam.

4. Bukit Fraser - ramai org kt takde apa kat sini....sekadar semalam je boleh la...tp aku kan suka sejuk2 (walupun ktanya dah tak sejuk tera mana)

Aku pun tak pasti la..menjadi ke tidak bercuti tahun ni...Ada rezki InsyaAllah...

Menu diet seminggu...

Salam

Hehe aku yang tergelak sendiri aci, buka blog je entry pasal diet...aci nak buh entry je pasal diet,,,rasa cite pasal diet ni dr tahun lepas tapi takde hasil...berat makin bertambah adalah...huhu sedih tau...
Ni aku jalan-jalan sebenarnya mencari laaa aku jumpa blog ni DOK. dan dia bg menu diet untuk seminggu...untuk org yang mencari alasan bila nak diet huhuhu..

ISNIN

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi (aku cadangkan muesli) &  segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air sejuk) *guna air sejuk, kalau tak memang lemau la nak membaham mende ni.
Kudapan 10 pagi: 1 gelas air kosong + segenggam kacang/badam/gajus panggang kurang garam
Makan Tengahari: 1 keping tembikai + 1 senduk nasi + 1 hidangan ikan bakar & air asam/kicap bawang + 2 senduk sayur rebus/stir fry  + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang: 1 gelas air kosong + 1 pek kecil biskut (2 keping) *suka hati korang la biskut apa pun, asalkan 1 pek kecik tu je.
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal + 1 sandwic tuna rendah lemak dgn tomato & timun + 1 gelas air kosong

SELASA

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 biji epal + 1 sandwic telur hancur dgn tomato & timun & sos (masak telur guna 1 sudu teh minyak zaitun atau guna hirisan sebiji telur rebus je) + segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam)
Kudapan 10 pagi: 1 gelas air kosong + 1 pek kecil biskut (2 keping) *aku suka Jacob's Hi-Fiber
Makan Tengahari
 : 1/2 biji jambu batu + 1 senduk nasi + 1 ketul dada ayam sederhana & sedikit kuah + 2 senduk sayur campur/rebus + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang: 1 gelas air kosong  + segenggam kacang/badam/gajus panggang kurang garam
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal + 1 mangkuk kecil/bungkus laksa Penang + 1 gelas air kosong

RABU

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 biji epal + 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi (aku cadangkan muesli) &  segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam)
Kudapan 10 pagi: 1 gelas air kosong + segenggam kacang/badam/gajus panggang kurang garam
Makan Tengahari: 1 keping tembikai madu/susu + 1 ikan bakar & air asam/kicap bawang + 3 senduk sayur campur/rebus + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang: 1 gelas air kosong + 1 mangkuk kecil jagung manis rebus (jangan tambah gula, garam atau butter)
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal + 1 dada ayam gril + salad campuran (nnt aku letak resipi) + 1 gelas air kosong

KHAMIS

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 biji epal + 1 sandwic ayam dgn salad, tomato & timun + segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam) *guna ayam malam tadi
Kudapan 10 pagi: 1 gelas air kosong + 1 pek kecil biskut (2 keping) + sedikit kismis
Makan Tengahari: 1 keping tembikai + 1 senduk nasi + 1 ikan asam pedas & kuah + 2 senduk sayur campur/rebus + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang: 1 gelas air kosong + 2 biji oren
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 yogurt kecil atau 1 biji oren +  1/2 keping naan cheese + kuah dhal + 1 gelas air kosong

JUMAAT

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 biji epal + 1/2 keping naan keju (baki semalam, sila panaskan) + kuah dhal + segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam)
Kudapan 10 pagi: 1 gelas air kosong + 1 pek kecil biskut (2 keping)
Makan Tengahari: 1 keping tembikai + 1 senduk nasi + 1 ketul ayam goreng (sila buang kulit sebelum makan) + 2 senduk sayur campur/sup sayur + sambal belacan + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang : 1 gelas air kosong + segenggam kacang/badam/gajus panggang kurang garam
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal + 1 mangkuk sup sawi diet dengan mi kering + 1 gelas air kosong *nanti aku bagi resepi 

SABTU 

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 biji epal + 2 senduk nasi goreng + 1 gelas air limau suam/ais kurang manis
Kudapan 10 pagi : Segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam)  
Makan Tengahari: 1 senduk nasi + 1 senduk paprik ayam/seafood + 2 senduk sayur campur + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang: 1 gelas air kosong + 1 mangkuk buah-buahan potong
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal + 1 sandwic tuna rendah lemak dgn tomato & timun + 1 gelas air kosong

AHAD

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 bungkus kecil nasi lemak + 1 kuih manis + 1 gelas air kosong
Kudapan 10 pagi : Segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam) 
Makan Tengahari: Suka hati, asalkan tak melantak. Boleh makan fast food, tapi pastikan anda minum air mineral saja.
Kudapan 3 petang: 1 gelas air limau kurang manis + 1 mangkuk buah-buahan
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal +1 mangkuk sup sawi diet/1 mangkuk kecil jagung manis/1 mangkuk kecil bubur oat + 1 gelas air kosong

Resepi aku semuanya menggunakan minyak zaitun menggantikan minyak biasa. Aku rasa, minyak zaitun wajib ada dalam diari orang berdiet. Mahal, tapi kita guna cuma 1 sudu teh je setiap kali nak memasak. 1 botol tu memang akan tahan lama. Kekacang pun aku suka, tapi aku pilih jenis yang tidak digoreng dan kurang masin. Kadang-kadang aku makan green peas dalam tin tu, untuk makan malam. 


Sori la aku C n P btoi2,,Tuan punya blog ni jugak suka mengamalkan susu skim...
Cuba minum susu skim setiap pagi, sebab susu skim membekalkan kalsium serta membantu diet dengan berkesan. Orang yang minum susu skim lagi cepat turun berat badan berbanding yang tak minum. Susu skim boleh beli di Jusco, cap Sunlac. 
Ini adalah penyataan dari beliau...Aku tak berani nak minum susu skim takut gemukss (tak sedar diri dah memang gemuks) 

09 October, 2013

Tabung kewangan...

Salam

Sy ni suka BW...sampai kawan-kawan tegur...bagi depa banyak membuang masa dok bc blog org yakni cerita org, diary org dan kehidupan org....Apa yg depa tahu aku suka bc terutama kisah jalan-jalan atau bercuti...Ye semenjak anak-anak makin besar semenjak rasa kukuh sikit, semenjak somi mudah dpt cuti sy suka berjalan yakni bercuti...dan sy suka jalanke blog2 yang dok kisah pasal berjalan sebab senang saya nak badget, senang nak cr tempat best. Saya perlukan semua tu sbb km ni hanya mengharapkan duit gaji semata-mata utk berjalan dgn kata lain tak ada income lain (nak buat macammn dah cuba tak boleh2 gak). Dan somi sy juga bukan jenis suka berjalan atau mencari tempat jalan2. Sy la semua yg rancang dan sedia...somi jd drebar je huhuhu.
Tapi depa tak tahu lagi blog terbaru yg saya  suka terjah blog kisah pasal rumah, decorate rumah, cara nak tambah hartanah (walaupun tak tercapai lagi huhu)...walaupun rumah sy masih macam tongkag pecah...tp sy suka...
Sebenarnya bukan nak cite pasal2 benda ni mayb next entry sy bercerita...dalm dok BW sy terjumpa pasal ni tabung kewangan...dari dulu sy suka bc walaupun jarang praktik..tp sy suka bc.Pertama kali sy baca kisah bekas pembaca berita tv3 apanama ntah lupa la...dia kata dia memang suka membeli tapi dia akan pastikan dia simpan 10% (kalu tak silap la) dr pendapatanny utk simpanan.dan ada lagi ...Ni saya dapat dari blog Marlia. Kredit utk beliau ...tulisannnya ringkas berkenaan tabung kewangan sy C n P je...

1. Financial Freedom Account (FFA) – 10% dari gaji
- masuk je gaji simpan 10%, PAKSE simpan & konsisten!! AWAS, akaun ini tidak boleh dikorek semula melainkan umur mencecah 55 tahun. 
2. Long Term Saving & Spending Account (LTSS) – 10% dari gaji
- yg ni plak simpanan utk matlamat jangkamasa pjg..cthnye, nk beli rumah ke..so atleast u got cash nk byr deposit etc..
3. Necessity Account (NEC) – 55% dari gaji
- yg ni plak utang2 la..segala bil, jgn sesekali cengelat amik duit dari akaun ni utk shopping reward diri (ckp utk diri sendiri nih)
4. Education Account (EDU) – 10% dari gaji
- yg ni utk tmbh ilmu..utk diri sendiri, anak2, family...cthnye join program apa2, yg berbentuk keilmuan lah..
5. Play Account (PA) – 10% dari gaji
- akaun PALING MEMBAHAGIAKAN...hehehehe ..nk lg best, kumpulkan tiap2 bln 10% pastu nk g cuti2 ke, gune duit nih..
6. Charity Account – 5% dari gaji
- ni akaun utk saham akhirat lah...2.5% byr zakat, selebihnya bagi parent, tlg org memerlukan etc..  
"Bagaimana pula jika timbul persoalan? Saya tidak dapat menyimpan kerana beban hutang? Belanjawan defisit? Zero saving? Soalan ini pernah ditanya sewaktu seminar tersebut. Maka jawapannya secara umum ialah, kurangkan (cut down) perbelanjaan yang tidak perlu (membazir) dan tingkatkan pendapatan. Maka dari situlah, saya yakin bahawa setiap orang jika hendak mengubah hidup ke arah lebih baik hendaklah bermula untuk membuat part time job atau bisnes. "     -Dr Solah yg ckp..
rasenye, bace buku sape2pon..mmg diorg akan quote find part time income klu nk jana $$ lebih


aku c n p btoi2 ..nak tahu lebih lanjut dr blog Dr SOlah

Aku nak cuba gak la...cara ni...try Walaupun dah tua nak merancang segala tp better late than never (btoi ka) hehe

08 October, 2013

Rumah...lagi

Salam

Bukan aku bli rumah baru yee...kalu aku bli syok gakkk kan . Tapi rasa kena hold dulu. ekceli ni umah somi aku..Kat Kamuntimg Taiping. Rumah ni rumah teres setingkat kos sederhana 3bilik 1 bilik air.. Sebenarnya rumah ni sebelum ni ada org sewa, dan sewa dan lpas abis org sewa, ada org masuk. Kira tak putus la. Dan sejarah rumah ni pun macam bilaman org tak bayar 6 bulan kena perambat...ialah dah tak bayar abih ko nak dok freee ...
Setelah org dah kluaq somi dah taknak sewa rumah tu dah jadi tak macam rumah...Sayang ko...rumah kita bayar beratus walau tak banyak tapi beratus gak huhuuh So somi aku cdg nak buat homestay..kakak sebelah umah pun cdg mcm tu ..walaupun ramai yg dok tanya nak sewa tapi tak berani dah...Tapi kau tahula walau nak buat homestay pun banyak gak nak abih..almaklumlah macam nak masuk umah baru le...perbaiki yg mn rosak, cat yg mn patut..macam-macam la
ko layan tgk gambar ye...umah yg teruk ni


Ni halaman kotor kan...banyak nak kena buat tu
Grill sliding door dah berkarat perlu dibaiki gak
pintu bilik air dah tercabut dan kotor

ni asal ada sinki dicabut dan dipotong

kolah tak taula nape jd macam ni

sinki tunggu masa nak rebah, kepala paip pun memang nak kena ganti

tandas ni tgk sendiri la
dinding kena conteng

lagi contengan

dan lagi....setiap bilik tu
Sebenarnya ada lagi dinding yang dipaku ikut suka je....adoii sedih tgk.Kadang tu aku terpikir depa ni duduk ,pakai duduk ke tak boleh buat mcm rumah sendiri ke jg elok2 cuci bg bersih. mungkin kesilapan pihak km gak tak pantau..so tanggungla akibatnya hahahh ( ayat sedap ati)
Aku lupa nak amik selepas ...maknanya aku cuci la sikit bilik air dan tandas..kalu tak anak aku pun tak lalu nak masuk.
nila serba sedikit rumah km yg nak kena diperbaiki, dienovate dan ditambah..next entry yee...

Alamak...Alhamdulillah

Salam

Waaa!!! lagi sekali blog terbiar...Bkn pe bulan lpas adalah bulan aku bercuti. Anak  terunaku kena demam campak. Demam campak besar..kwakwa...bukan ketawa, bukan mengeluh tp memotivasikan diri. Ialah bila anak yg kena takde org nak kena tgk mcm mak ke...so apajadi kenala amik cuti. Mula-mula aku yg amik dulu pastu somi plak pastu aku plak waaaaa.....siksa btoi nak amik cuti...sib baik dpt.

Dalam dua tiga ari anak terunaku nak abis demamnya..tetiba aku plak yg rasa lain macam..tp dok nafi je sbb dok rasa kakaknya yg akan kena dulu. Dan akhirnya aku kena gak demam campak ni adoiiii, bakal 4 minggu tak ke mana2 hanya klinik je waaaa...pasti bosan tahapp gaban huhuhu.
Ni aku g info skit pasal campak ni...

Tanda-tanda :
  • Mata merah, bengkak
  • Batuk ( kerana bintik-bintik tumbuh di dalam )
  • Peluh berbau hanyir
  • Bagi kanak-kanak dan bayi ( menangis lebih )  Alhamdulillah luqman tak meragam....senang sgt jg
  1. Jangan makan ubat untuk menurunkan panas badan, biarkan panas tersebut sekurang-kurangnya 3 hari, supaya chicken pop tidak terbantut.
  2. Selepas 3 hari, ianya akan keluar ( bintik2 merah @ bintik2 air )
  3. Jangan makan makanan bergoreng. * aku buatkan luqman ikan bakar dan sup sahaja.Sampai luqman request awat kala putih je lauk dia hehheh anak terunaku la...
  4. Jangan makan sotong, udang, ayam ( makanan yg gatal bukan menggatal yer.hehehe)
  5. Jika tidak dapat menahan kepanasan badan, guna tuala lembab letak di kepala, ketiak dan lap2 seluruh badan @ gunakan cool fever.
  6. Cara Merawat :
    • Selepas campak @ chicken pop keluar..........
    • Bagi pesakit minum air kelapa (kelapa hijau sahaja ) dengan makan sedikit air kelapa untuk beberapa hari.
    • Bacakan doa pada bahan2 ( daun mambu - akan di ceritakansebentar lagi) dan air kelapa
    • Kerapkan mandi, mandi dengan perlahan, dari kaki dan naik ke atas badan dan akhir sekali barulah air kelapa. 
    • Untuk mengelakkan gatal dan kerengsaan, mandi dengan air daun mambu ada yg menggelar pokok  pahit.( boleh rebus daun tersebut @ pecah2 kan daun tersebut dalam air )
    • letakkan daun tersebut juga di bawah bantal atau cadar atau katil. aku letak bawah cadar.
    Tanda campak telah habis dan pantang larang.
    • Tanda campak habis, kelihatan bintik-bintik merah di tapak kaki.
    • Tidak boleh terkena air hujan (akan meninggalkan parut hitam)
    • Tidak boleh mandi laut selama 6 bulan ...adoiii yg ni tak tahan ni rancang nak p mandi laut
     
    Petua Menghilangkan Parut
  7. Daun asam jawa ditumbuk lumat dan di campur bedak sejuk
  8. Sapukan pada parut waktu malam sebelum tidur
  9. Pada paginya mandi menggunakan air yang telah didoakan.
  10. Amalkan 3 kali sehari dan 3 hari berturut-turut
  11. Kombinasi ayat yang perlu dibaca : 
    • Al-fatihah
    • Selawat Syifa'
    • lau anzalna ...... ( Surah Al-Hasyr ayat 21-24)
    Insyaallah demam akan sembuh dan parut akan hilang
Kred it untuk blog ni
aku copy n paste je...tambah skit2