Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

22 November, 2013

Yahooo....Cuti...

Salam




yeee cuti sekolah...walaupun dah seminggu cuti tp, km sebagai guru ni kena p sekolah juga menghadiri taklimat kssr tahun 4...Dan minggu 25hb Nov ni adalah minggu cuti...sehingga 16 Disember ...aku bertugas plak..
Ke mn cuti kami tahun ni..Seperti entry yang lepas2 aku dok confius dan memilih yg mn untuk cuti-cuti adik beradik kami... Kalu tak minggu 25 Nov ni nak berjalannya cuti2 adik beradik...tp apakan daya pelbagai dugaan dan rintangan pada tarikh tersebut ...
Pak ngah n makngah terlibat dalam peperiksaan SPM...Manakala abahcik pula terdapat kekangan dar mamacik. So abahcik bagi cadangan p selepas anak daraku habis UPSR tahun depan.
Namun begitu....ayat macam ayat karangan...aku akan cuba p jugak untuk cuti-cuti Malaysia ni..Pastinya nak release skit tensen waktu keje...(konon)..tp aku tetep akan pergi sbb aku suka jalan-jalan. Cuma tak pasti ke mana...Harap murah rezki kami dan takde halangan nak bawa anak-anak ku berjalan...







Cuma yang pasti aku akan balik kampung ...tgk kampung sat n kebetulan mak aku ikut rombongan ke Kelantan....chewaahhhh jalan-jalan lagi. harapan aku jalan ke kampung Changlun clear sbb aku risau gak kete banyak..







26 October, 2013

Cuti hujung tahun....jalan-jalan kita

salam...

Cuti lagi dah nak hampir....ke mana kita agaknya...Bila cuti je aku pening kepala dok tgk mana-mana web, blog yang cite pasal jalan-jalan, kisah depa bercuti memang seronok baca...bila dah baca ada target nak ke tempat tu pastu buat anggaran bajet..almaklumlah 'orang kaya' hehehe. Tambahan pula ni jalan-jalan atau bercuti adik beradik...kalu km je senang huhuh.
Tapi tula masalahnya...anak daraku mayb ada tution...makngah n pakngah kena jaga periksa n tanda jawapan periksa SPM...dan gengar2 cite plak mayb somi aku kena sambung lg kursus sepanjang cuti ni hadoiiiii....tak ke mana la....aku ni tak boleh aci cuti aku kena berjalan..aci nak berjalan je kena waktu cuti laa...

Antara tempat target nak p

1. Melaka - dah dua tahun berturut2 aku ke Melaka...tapi ikut kata member aku dia memang tak jemu p Melaka

2. Cherating n Terengganu - kawan aku tak galakkkan aku cdg mayb bulan 3 tahun depan

3. sabah - Frustnya sbb tak tempah tiket MAS murah untu kakitangan kerajaan tu..sbb no respon dr adik2..Nanti kang aku je yg p depa gaduh plak...Mayb taun depan kut lpas anak daraku exam.

4. Bukit Fraser - ramai org kt takde apa kat sini....sekadar semalam je boleh la...tp aku kan suka sejuk2 (walupun ktanya dah tak sejuk tera mana)

Aku pun tak pasti la..menjadi ke tidak bercuti tahun ni...Ada rezki InsyaAllah...

08 September, 2013

LDP di Tasik Beris Sik, Kedah

Salam

elok-elok abis syawal, sekolah aku buat LDP atau Latihan dalam Perkhidmatan atau sesetengah memangil LADAP. Bila buat di luar sekolah confirm makan 1 hari...perjalanan memang agak jauh dari Pulau Pinang. Cadang nak drive sendiri pun tak jadi bila tgk aktivitinya ...berat. LDP ni dibuat di D'Puncak Beris Lake Resort, Sik Kedah. Layan gambar....

ni nak buat water confident dan sesi penerangan dari fasi
sesi merentas tasik....tali diregang dari bot tu hingga ke seberang sana
ni sesi mengait rambutan aku tak join sbb aku batuk

kumpulan pertama yang sampai mendayung rakit
Rakit km kena tundadah tak terdaya nak mendayung

gambar yang tgh tu walau tersnyum lebar tp takut sungguh  
Semua gambar ni ehsan dari FB Fiza

Boleh dikatakan sesi LDP ni btul2 menguji fizikal dan mental aku. pertama aku tak pandai berenang dan stamina aku lemah. Tapi disebabkan teringin nak join aktiviti aku try la gak. Tapi tak sangka aku memang takut ayaq. kalu dalam ayaq kaki aku sentuh tanah pun aku takut inikan plak tak sentuh lagi la..Aku ingatkan aku berani upanya tidak..memang penakut. Aku 'berenang' la kononnya tapi tak boleh semua perlukan bantuan...sib baik kengkawan aku Rusniza, Iwah n Md nor pandai berenang...aku harap kat depa jela. tapi aku tau depa mesti letih nak cover aku yg badan besaq ni.
Mayb ni la kali terakhirnya aku buat aktiviti ayaq ni.Dah takmau menyusahkan orang...huhuu

05 September, 2013

Jalan-jalan ke Bukit Bendera (2)

Salam

Sambung lagi entry Bukit Bendera
Setelah amik kata putus ..km nak terjah Owl Museum plak. Nak masuk sini dikenakan bayaran RM10.00. Bagi aku mahal. Tapi disebabkan kanak-kanak 12 tahun ke bawah tidak dikenakn bayaran so aku masuk gakla. Abahnya tak mau masuk sbb ktnya dah jemu tgk burung hantu..
Layan je gambar
Ukiran yang hampir siap


gambar bung hantu btoi dan kartun



Arca dan patung burung hantu

nak interprem gak





bantal-bantal yang menyerupai burung hantu, rupanya cute


kakak dan luqman...dua-duanya happy



antara yang aku suka tgk


informasi pasal burung hantu




comelkan


bangku kayu yang ada gambar burung hantu



Antara cenderahati burung hantu yang dijual, memang comel regenya pun comel



Ni dah nak balik terpisah gerabak la plak, luqman ada kat belakang tu..tak senang duduk dia

Gambar ni terlepas ke bawah plak...kena RM10 bergambar dengan burung abahnya takmau enterprem.

Itu sajalah perjalanan km ke Bukit Bendera cadang nak ke Padang Kota plak pekena mee atau pasembor tapi aritu ada Program Ustaz Muda tak jadi singgah , parking penuh tak larat nak jalan jauh-jauh. Lupa nak bagitau kat atas Bukit Bendera ada Masjid ...bolehlah singgah sembahyang.
Lupa lagi nak bagitau km amik tiket Family so hanya kena bayaran RM18.00 utk 1 family (2 Dewasa 2 kanak-kanak). Budget keseluruhan ke Bukit Bendera....

                              Tiket (family)                      = RM18.00
                              Makanan (lebih kurang la)  =RM25.00
                              Bergambar dengan burung  = RM10.00
                              Parking                               = RM3.00

Jalan-jalan ke Bukit bendera

Salam

Sekali lagi dan lagi lama dah aku tinggalkan blog ni.
Takmau mukadimah panjang-panjang aku nak teruskan entry pada tajuk tu...
sebenarnya p Bukit Bendera ni dah lama...dlm bulan syawal aritu tapi M telah menyerang so tertangguh je...Arini harus kupulun buh semuanya...huu
Pada mulanya cadangan nak ke rumah terbuka member somi dan setrusnya ke Bukit Bendera tapi umah member somi tak jadi...somi dah terlupa katne umah dia..
km ke Bukit Bendera atas pujukan beberapa bulan anak daraku...mcm2 dia bagi alasan adiknya tak p lagi, keretapi baru ni tak naik lg la. Akhirnya tercapai jua. Memang Luqman belum pnah pegi lagi.Km bertolak agak lewat ada urusan yang perlu diselesaikan.
Apa-papun layan gambaq je...
Pemandangan dari Bukit Bendera


Anak daraku dan abahnya


 Terpaksa berenti dua kali sini nak teropong sekitar pulau Pinang .Dikenakan bayaran RM1.00 selama 3 minit kut...tak ingat la

Anak daraku di atas food cout dan gerai baju
 Food Court ni selain makanan dan minuman ada juga dijual tshirt dan cenderamata lain..harga makanan biasalah serupa kalu kita p kat tempat-tempat peranginan ni. RM5.00 ke atas. makanan dia boleh tahan  sedap gak. Dalam aku batuk pun aku makan gak ais kacang, sbb ktnya sedap.. Bg aku boleh tahan sedapnya cuma agak kasar. Dan makanan di sini kedai-kedainya bercampur Kedai melayu dan kedai Cina dan India so berhati-hatilah jgn terjah je...kehalalan perlu gak dijaga. Gambar makanan lupa nak amik...terlampau lapar.
Ni antara gerai jualan tshirt dan cenderamata..Cadang nak beli tapi tak beli pun

muka kenyang dan letih

tengah berbincang nak ke Owl Museum

 Tunggu nex entry ye....