17 May, 2011

Kek lagi


Salam
Ni dia kek lagi. Sebenarnya dah lama nak makan kek. Tak tau nak buat kek apa cari punya cari jumpa la Moist Chocolate Cake. Kebetulan plak adik nak mai waktu Cuti Wesak ari ni...So selamat gakla kek tu ada sikit je  lagi. Resepi amik umah Kak Ummi. Selalu bukak blog ni bila buntu nak masak.Resepi asal dari sini.


Bahan:- (loyang 21 x 21 x 3 cm)
  • 2 cawan tepung gandum } diayak
  • 2 sk baking powder } bersama
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telor gred A
  • 250 gm butter
  • 2 sk esen vanila
Bancuhan koko (Pes Coklat):-
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair (akak guna fresh milk)    
  •  
  •  
  • Cara Membuat:-
  • Untuk bancuhan koko, masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dalam periuk. Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat. Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap. Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan.
  • Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang.
  • Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
  • Masukkan esen vanila dan gaul rata.
  • Masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan bancuhan koko tadi. Gaul rata dengan spatula.
  • Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180C. (resepi asal hendaklah dibakar dengan api atas bawah, tapi akak bakar macam kek biasa, api bawah sahaja, ok je)
  • kalu sapa2 perasan ada bekas muffin. Sebenarnya dari bancuhan asal gak tapi takut terlebih melimpah ruah plak....bukan pa tak tau ukuran loyang    kuikui 
  •  ada lagi-yg warna-warni tu request dari anak daraku

    16 May, 2011

    Sakit...

    Salam
    Sebenernya rasa tak sihat ni dah lama..tapi makin teruk bila drive balik Changlun baru ni..Ala Changlun je mcmla Melaka.huhuhu... Balik maik penang aritu dah rasa letih dah..esok dah la sekolah. Dan memang cinfirm tak gi pun sekolah. Dan minggu ni adalah minggu-mingu sakit-selsema, batuk sikit2 (masalah bila batuk sakit abih seluruh bdn macm nak realai tulang) punyala teruk...Akhirnya paling ketara ari jumaat selsema, merah mata, rasa dah tak macam orang...bawa la tuala kecil yang besar buat cover mulut..kihkih. Malam tu terus g check. Doktor kata mayb aku alah pada fogging.

    Kerana fogging aku sakit? Betul ke? Aku doktor ka? Tap rasa bukan..la. Macammana kalu btul ni pun bukan sihat lagi. Sakit ni kepala tahap gaban...diselangseli selsema dan batuk ringan..Yang pasti sakit lagi badan ni...
    Susah betul dizaman 'org' takde ni...WAAaa

    Bukan pa aku teringin betul nak makan laksa. nak masak la..ptg jumaat tu aku bersiang ikan dan rebus, dah rasa tak larat nak tido dan tertido. Tetiba anak daraku mai gerak...haa hangit ikan aku...tak bolah buat laksa
    Tapi yang best sempat lagi buat kek...ahaks..kek...kek...teringinla nak buat camne nanti next entry aku tunjuk kek tu.

    29 April, 2011

    Blueberry cheesse cake

    Salam

    Wah kali ni jadi entry masakan plak. Sebenarnya dah lama buat minggu lepas gak la. kira entry tertangguh. Sebelum ni tak pernah buh pun resepi. Saja la nak buh first time buat terus jadi tu yang best tu...Reepi amik kat sini. Cuma tak bubuh sebiji-biji tapi bli kat kedai terus blueberrynya.
    Resepi c n p je cuma ubah pada 1/2 adunan sbb cheesenya bli satu jee

    1 bungkus Biskut Digestives atau biskut Marie... beli sebungkus tapi nak pakainya separuh sahaja. Dalam dua cawan penuh. hehe. Lain la kalau ada jual timbang kan. Kalau suka biskut lebih, boleh saja gunakan sebungkus. Takda sapa nak marah. Bibik ok je.


    Bahan-bahannya
    2 bekas soft cheese jenama Philadelphia yang setiap
    satu seberat 300 gram.
    2 sudu besar butter tak payah membumbung.
    Biasa-biasa sahaja.Lebih nanti berminyak.
    3 biji telur perlu dibasuh dan perlu dilap untuk bagi kering.
    1 cawan gula. Tak perlu tambah lagi. Satu dah ngam-ngam elok manis.
    2 sudu besar tepung. Tak perlu membumbung.
    1 1/2 sudu kecil esen vanilla.
    1/4 sudu kecil almond extract.
    1 1/2 cawan blueberry (fresh atau frozen, kalau frozen jangan defrost, guna terus, nanti cheesecake jadi biru!).
    Biskut dihancurkan menggunakan blender kering. Kemudian campurkan dengan butter. Cairkan butter dalam microwave lebih kurang 10 saat. Tak cukup. Tambah 5 saat lagi. Kemudian kepal-kepalkan. Agak-agak boleh kepal tu oklah. Kalau biskut masih berderai tambah sedikit butter. Kemudian tekan ke dalam baking tin yang telah dialas dengan baking parchment. ( kertas minyak untuk memasak. Bukan yang untuk balut buku tu ye. Kang tak pasal-pasal ada yang beli kertas minyak warna coklat. Sila peringatkan suami anda. Kalau mereka yang beli barang. ) Dah siap tekan. Masukkan dalam freezer sampai ready untuk guna. Bungkus dengan plastik untuk mengelakkan bau makanan lain melekat pada biskut.
    Dalam mangkuk lain, pukul krim cheese hingga sebati dan berkrim.Kemudian masukkan gula, pukul lagi hingga sebati. Seterusnya masukkan tepung, sebatikan.Kemudian telur, satu persatu setiap kali dipukul hingga sebati. Jangan masukkan 3 biji sekali pukul. Sebiji telur. Pukul. Kemudian masukkan lagi sebiji. Pukul. Sampai cukup tiga biji. Pukul bagi sebati. Anggaran dalam seminit setiap sebiji telur. Macam tu ye..Kemudian, masukkan vanilla & almond extract.
    Tuang adunan kek ke dalam baking tin tadi. Goncangkan sikit untuk ratakan permukaan. Jangan pulak goncang sampai bergegar. Err.. dengan perkataan lain. Goyang macam kita duk ayak tepung. Perlahan je kan.

    Kemudian, ambil bluebery, dan tabur ke seluruh kek. Kalau batter tu agak thick, maka campaklah blueberries itu dengan penuh perasaan supaya terbenam ke dasar kek. Kenapa tak campur terus? Takut nanti cheesecake jadi warna biru. Bakar guna teknik waterbath utk hasil yang cantik selama 45- 55 minit. Jangan sampai kek terlebih masak dan mula pecah-pecah. Selepas masak, keluarkan baking tin dari bekas berisi air, dan tinggalkan ke dalam oven selama beberapa jam. Ini pun akan mengelakkan kek dari crack. Sejukkan dalam fridge sebelum makan,

    *
    Saja bubuh blueberry kat tgh2 nak tgk jd mcmmn

    ok ke?tak ok?ok la kut sbb sedap

    23 April, 2011

    Haaa ...dah bersawang dah...

    Salam...
    oiii panjangnya tajuk...Bukan pa memang macam tu tengok tarikh akhir nun bulan Disember nuu. Ish nape la malas benor nak nulihnya. Blog lagi satu adala gak entry 2011. Blog ni jenuh gakla terbersin banyak kalinya habuk banyak.kwakwa....

    Pekaba sume? Aku ni makin sihat, makin tembam, makin segalanya.. Nak berdiet nak kurus idakla menjadi jugak. Nak buat macammana, suka benor makan ni.

    Baru ni adak gak join Bakat main bola tampar tapi tak gak kurus-kurus. Mana idaknya balik penat tapi lapaq palagi makanla...

    08 December, 2010

    Jalan-jalan Port Dickson

    SAlam

    Minggu pertama cuti km bergerak ke Port Dickson plak. Kali ni kami beramai-ramai...aku, pak ngah dan abahcik. Aku plak bergerak darui Pulau Pinang ke Ipoh , tido semalam, bergerak plak ke Shah Alam tido semalam. Sabtu plak bergerak ke Port Dickson. Semua orang ada kecuali somi aku je...dia ada operasi..Walaupun tak berapa seronok tp ramai-ramai bolehla ada seronoknya gak
    Km dok di Cocoabay apartment 3 bilik, alhamdulillah selesa la cuma jauh gak dari pantai ...yang tu jela tak berapa best. Ari nak balik km sempat p mandi pantai..















    Gambar dah dimasukkan pada 17/12/20.ada lg ni tp tak larat dah...tunggu ..

    07 November, 2010

    Novel baruku

    Salam,
    bukan pa nak cite je aku beli novel balik, Dah lama kau tak beli kali terakhir aku beli novel karya Faizal Tehrani. MAsih banyak lagi karya beliau belum aku beli. Lepas ni bolehla. sebab karya Faizal ni berat sikit bg aku. Kena penghayatan lebih



    Nyanyi sunyi oleh Maskiah Masrom. Pernah jadi novel bersiri dalam Metro. Dari situlah aku tertarik dengan novel ni. Akhirnya berjumpa
    Novel anak daraku. Penulis ni cikgu praktikum di sekolahku.

    04 November, 2010

    jalan-jalan ke Cameron Highlands

    Salam,

    Sekali lagi bertemu, kali ni ada cerita sikit. Baru -baru ini 23-25 Oktober, saya bersama keluarga berkesempatan ke Cameron Highland. Sebenarnya apartment yang nak disewa telah lama dicari, tapi tak berani nak call dan confirm sebab cuti suami tak diluluskan lagi. Tunggu punya tunggu akhirnya pagi jumaat baru confirm dan saya pun mulalah call penyewa-penyewa dan adik-adik serta mak. Biasalah bila last minit susahla sikit tambahan pula km amik 3D2N, sbb kebanyakan penyewa lain hanya amik 1 malam je. Jadi tak dapat dipenuhi la.
    Setelah mencuba akhirnya jumpa juga dekat Apartment Royal Lily. Apartment 3 bilik.
    Manakala adik-adik pula tak dapat join sekali. Umah dahla besar.. takpelah kami anakberanak je. Gambar rumah lupa nak amik..Masuk je terus cek itu ini..lupa nak snap..berehat




    kami bertolak dari Pulau Pinang, masa ni sampai di Tol Juru. agak kelam kabut juga la. Balik sekolah baru nak bersiap . Kami pergi dengan Kenari je. Risau gak kereta ni tak pernah berjalan jauh.
    Suami yang bawa sepanjang jalan, tak mengantuk pulak ...


    Sepanjang perjalanan
    Hari Kedua , Selepas sarapan maggi goreng (masak sendiri), kami ke Bharat Tea. Niat asal memang nak minum tea dan scones, tapi scone tu mahal la 2 biji RM10 @ RM12-tak ingatlah.Bukan apa takut sedap nanti tak cukup plak 2 biji jee.. Tapi sebelum tu kami jalan-jalan pegang daun teh dulu atas permintaan anak daraku. Mulanya tak berani gak nak turun takut penat, almaklumlah 'besar'...tapi akhirnya.... Cuma anak terunaku je, taknak jalan asyik nak dukung jee. Suami pula asal tak nak turun, jeles kut tgk km turun jugak sambil dok dukung anak terunaku. Layan je gambar-gambar kat Bharat.










    Honey Lemon tea dengan cheesecake


    Lepas tu km berjalan-jalan ke tempat membeli belah, tak amik gambar banyak, tak ingatla nama tempat tu tapi dekat dgn Uncle Sam farm. Tak bli apapun jalan-jalan jee.




    Km teruskan perjalanan km ke Taman agro Al Mashor, Kg Sedia. Walaupun hujan renyai dan agak lebat juga dan pastinya sejuk, niat mesti diteruskan nak makan aiskrimnya. Sedap. Kalu tak hujan mau tambah lagi. Rupanya kat sini banyak juga homestay, tp stail kg skit. Boleh la. Kalau ada jodoh lagi ngan Cameron nak try tinggal kat Kg Sedia ni plak







    Akhirnya km balik pada hari Ahad, Cadang tak mau singgah kat mana dah, nak balik je, tapi tersinggah kat tapak pasar malam. mayb cuti kut jadi siang hari pun bukak jugak. Tak beli apapun cuma bantal dan fridge magnet jee. Kiranya cuti ni bukan nak bershoping tapi nak berehat semata-mata. Almaklumla hujung bulan sama. Dalam perjalanan balik kami tersangkut dari tapak pasar malam ke Kea Farm. Jalan tersengguk-sengguk. Rupanya ramai orang, rombongan budak sekolah yang paling ramai. Ingatkan takdak orang.

    InsyaAllah ada rezeki lebih, ada cuti boleh mai lagi....