17 May, 2011

Kek lagi


Salam
Ni dia kek lagi. Sebenarnya dah lama nak makan kek. Tak tau nak buat kek apa cari punya cari jumpa la Moist Chocolate Cake. Kebetulan plak adik nak mai waktu Cuti Wesak ari ni...So selamat gakla kek tu ada sikit je  lagi. Resepi amik umah Kak Ummi. Selalu bukak blog ni bila buntu nak masak.Resepi asal dari sini.


Bahan:- (loyang 21 x 21 x 3 cm)
  • 2 cawan tepung gandum } diayak
  • 2 sk baking powder } bersama
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telor gred A
  • 250 gm butter
  • 2 sk esen vanila
Bancuhan koko (Pes Coklat):-
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair (akak guna fresh milk)    
  •  
  •  
  • Cara Membuat:-
  • Untuk bancuhan koko, masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dalam periuk. Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat. Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap. Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan.
  • Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang.
  • Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
  • Masukkan esen vanila dan gaul rata.
  • Masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan bancuhan koko tadi. Gaul rata dengan spatula.
  • Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180C. (resepi asal hendaklah dibakar dengan api atas bawah, tapi akak bakar macam kek biasa, api bawah sahaja, ok je)
  • kalu sapa2 perasan ada bekas muffin. Sebenarnya dari bancuhan asal gak tapi takut terlebih melimpah ruah plak....bukan pa tak tau ukuran loyang    kuikui 
  •  ada lagi-yg warna-warni tu request dari anak daraku

    2 comments:

    kakpah said...

    salam odah.. ada kek lagi?..

    odah said...

    Wsalam

    Ada kak pah kek lain plak huhu
    (tak sangka kak pah ziarah)