31 March, 2013

Diet Mayo ...laks

Salam

Korang ingat tak Diet Atkins...aku buat sat je...tupun ada gak penurunan. 2 kg banyak tu...tp aku stop risau pasal takut sbb sakit kaki. Dalam dok BW aku jumpa Diet Mayo ni... tp berat gakla dannn memang kena displin btoi2 aduhhh ..ni aku amik dari blog Ainismaira
Aku c n p je....

Diet Mayo ni telah diperkenalkan oleh Mayo Clinic's USA. Program diet ini dijalankan dalam tempoh 13 hari sahaja. Tapi ada pantangnya, jika Diet Atkins kita tak boleh makan Karbohidrat dan Gula, tapi diet Mayo ni kita hendaklah menghindari GARAM atau makanan yang masin dan air sejuk (ais). Pada hari ke 14 pengamal diet Mayo ni boleh amalkan pemakanan seperti biasa, cuma perlu mengawalnya.

Dari apa yang saya baca, ada yang telah berkurangan sebanyak 8kg dalam masa 13 hari tu. Tapi diet ni agak ketat sikit peraturannya, jika dalam masa 13 hari menjalani diet Mayo ni kita ada terlanggar pantang dan sebagainya, maka perlulah dimulakan semula dari hari pertama.. Macam sia-sia jela kalau langgar pantang sebab kene start balik.. Huhuhu.. So, disiplin diri sangat tinggi la.. Macam Diet Atkins jugak, ada minggu induction 2 minggu tu kan.. 



Berikut adalah cadangan menu untuk 13 hari program Diet Mayo ni.. :)
Hari Pertama & hari ke – 8

Pagi : 1 cawan kopi atau teh + gula ( tanpa susu )

Tengahari : 2 biji telur rebus + 1 biji tomato + bayam rebus

Malam : 150 gram daging bakar + salad ( daun salad dicampur dengan perahan jeruk lemon atau jeruk nipis dan 1 senduk makan salad oil / olive oil).



Hari ke-2 dan hari ke – 9

Pagi : 1 cawan kopi atau teh + gula ( tanpa susu )

Tengahari : 1 potong daging bakar atau rebus + salad ( daun salad dicampur dengan perahan jeruk lemon atau jeruk nipis dan 1 senduk makan salad oil / olive oil) + 1 buah segar

Malam : daging ayam direbus + 1 gelas plain yoghurt.



Hari ke-3 dan hari ke- 10

Pagi : 1 cawankopi atau teh + gula ( tanpa susu ) + 1 potong roti bakar

Tengahari : 2 biji telur di rebus + bayam rebus + 1 biji tomato + 1 buah segar

Malam : daging ayam rebus + salad ( daun salad dicampur dengan perahan jeruk lemon atau jeruk nipis dan 1 senduk makan salad oil / olive oil)



Hari ke-4 dan hari ke -11

Pagi : 1 cawan kopi atau teh + gula ( tanpa susu ) + 1 potong roti bakar

Tengahari : 1 telur rebus + 1 lobak merah diparut / dijus + sepotong keju ( 60 gram )

Malam : 1 mangkuk betik + salad ( daun salad dicampur dengan perahan jeruk lemon atau jeruk nipis dan 1 senduk makan salad oil / olive oil) + 1 gelas plain yoghurt



Hari ke-5 dan hari ke – 12

Pagi : 1 lobak merah besar diparut / dijus + lemon

Tengahari : 1 potong besar ikan dibakar

Malam : 1 potong daging dibakar atau direbus + salad ( daun salad dicampur dengan perahan jeruk lemon atau jeruk nipis dan 1 senduk makan salad oil / olive oil) + seleri kukus



Hari ke- 6 dan hari ke – 13

Pagi : 1 cawan kopi atau teh + gula ( tanpa susu ) + 1 potong roti bakar

Tengahari : 1 dada ayam di rebus + salad ( daun salad dicampur dengan perahan jeruk lemon atau jeruk nipis dan 1 senduk makan salad oil / olive oil) + lemon

Malam : 2 biji di rebus + lobak merah diparut / dijus



Hari ke- 7

Pagi : 1 cawan teh tanpa gula

Tengahari : 1 potong daging dibakar atau direbus + buah segar

Malam : Puasa kecuali minum air sebanyak-banyaknya



Hari ke -14

mulai bebas kembali seperti biasa (kurangi gula dan makanan berlemak)


*PERINGATAN*

1. Daging ( beef steak ) harus dibakar dengan Danish Butter Unsalted ( tawar )
2. Makan malam ( terakhir ) harus jam 18.00
3. Air dapat diminum tiap jam minimal 8 gelas sehari, JANGAN MINUM AIS
4. Daun salad dimakan mentah


Ni contoh2 menu bergambar yang saya ambil dari blog > http://lepetitequeena.multiply.com














Ok, tulah serba sedikit tentang Diet Mayo ni, sumber saya ambil dari blog berbahasa Indonesia, ada yang saya dah translate, yang tak di translate tu memang saya tak tahu la.. jadi saya letak link blog tersebut di sini ye.. 

Sumber : http://lepetitequeena.multiply.com/photos/album/138/Diary-Diet-Mayo-13-hari-bisa-turun-sampe-8kg
"haaa semua ada aku tak buang pun , kut2 nak tgk blog asalnya"

Tazkirah...solat

salam




Shaklee dan Diet atkins

Salam

Diet lagi ...bukan apa aku jumpa jd tak salah nak share...

kredit utuk blog kak long ni

HILANG 23KG >>>> Diet Atkins + SHAKLEE

Beliau memulakan misi LOSS WEIGHT ni bermula dari bulan Mei 2012 dan sehingga Julai 2012, beliau telah kehilangan 23KG...banyak tu kan...

Jadi apa yang beliau amalkan ye..

Beliau amalkan DIET ATKINS iaitu sejenis diet yang mengurangkan pengambilan karbohidrat..hanya 20gm - 50gm karbohidrat sahaja yang dibenarkan... Untuk mereka yang obes, diet atkins sememangnya sesuai.. kak long pernah mencuba diet atkins ni selama 2 minggu dan sememangnya ia diet yang mudah dan berat sangat mudah turun... (namun jika anda mempunyai risiko penyakit metabolisme, sebaik-baiknya dapatkan nasihat dari doktor dulu ye...)

Selain dari itu, untuk memastikan keperluan nutrien beliau dipenuhi, beliau terus mengamalkan suplemen Shaklee


Sebenarnya suplemen yang kak Nadia ambil bukan sekadar membantu pembakaran lemak malah ia membantu merendahkan paras kolesterol yang tinggi, menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat, memastikan kitaran hormon yang lebih teratur... 

Ambil suplemen bukan untuk kurus semata tetapi untuk kesihatan di masa akan datang...
 
 
Aku  pernah cuba gak...tp blum join dua2 ...masalah utama aku adalah tak DISPLIN n bil dah jumpa ni aku nak set target why not alang2 ahli shaklee aku cuba combine...YESS YESS

Rumah lagi

salam

berhabuk sikit balik kampung tenet xdak...
cuti seminggu tak ke mana pun dok aje kat umah pastu balik kampung, lepak-lepak, g kenduri dan melawat rumah yang baru nak naik....tapi punyala mahal umah sekaran ni ..kat kodiang aja dah RM260k+ huhuhu...kodiang je tu ....bkn nak kata tentang kodiang ni tapi, kawasan ni dulu memang tak 'naik' la org kata..tetiba je naik umah terus RM200K. fuhh boleh percaya ke.....

aku memang tak mampu n tak layak buat masa ni nak bli umah rege tu. tapi kalu tgk dalam mudah.my...ada gak umah bawaRM200K ...tp umah tu tak cantik mayb dari umah kos rendah...persekitaran tak best...dan kalu nampak ok tp rege tu mcm kurang meyakinkan, murah tak sama dgn nilai.

Sebenarnya aku dah ada umah -umah teres  3bilik di Changlun..Sekaran ni dah disewa oleh pembekal buku berbangsa cina.. Cadang nak cari umah besar sikit...kalu jumpa mayb nak jual umah tu @ maungkin buat sesuatu... Tak taula ...

Eh..baru sedar kisar umah lagi...

26 March, 2013

Rumah

Salam

Sejak 2 menjak ni aku rajin beno melawat blog org yang pindah umah, renovate umah...suka..suka. suka sangat. macam aku yang pindah, renovate bagai hahahha....amik panduan...
ni dari pakcik google ye bkn umah aku


Cheh bila ko nak pindah? ekceli aku dah bosan tahap gaban dok umah ni...walaupun aku bersyukur dok umah kerajaan di bandar yg mahal segala ni...tapi aku nak dok umah sendiri ....uwaaaaa......

Selepas aku kawin , eh bukan dari anakk dara lagi, aku dok umah takde tanah maknanya lepas keje. Tensen..Mula tu dok apartmen...ok la cantik sikit tak crowded. Tp bila dah bilangan ahli umah makin berkurang terpaksala cari umah kecik sikit , sewa murah sikitla.

Lepas dah kawin dok kuarters tentera harusla umah takdak tanah...somi bukan pegawai...jgn ko merasa  nak dok atas tanah. Kemudian pindah lg dok kuarters guru plak...kalu kat penang ni memang confirm umah tak de tanah.....ahhhh boringggg

Rasa nak gak pindah dok umah atas tanah...ada tanah nak berkebun..iye ke??? nak parking kete dpan umah. harus takde calar bagai...nak renovate rumah terutama tang dapuq tu bestnya.....adoiii bila la nak jd kenyataan ...

Dari pakcik google lagi kalu mcm ni pun jadila


Sapu....sapu...

Salam

Adoiii...sawang lagi....vakum lagi....mula la bersin ,,,hacuuuum....hacuuuum...tensen...

sebenarmnya semangat takdak langsung nak buh entry ...alaa malas la tu....

bangunnnn...buang segala kemalasan...

Bila dibelek-belek alamak entry pangkor pun tak abih lagi..adoiii...tak pe lpas ni cite lain ...bolehkan tak jemu kan...huhuhu


Malas tahap gaban ni  google