Korang ingat tak Diet Atkins...aku buat sat je...tupun ada gak penurunan. 2 kg banyak tu...tp aku stop risau pasal takut sbb sakit kaki. Dalam dok BW aku jumpa Diet Mayo ni... tp berat gakla dannn memang kena displin btoi2 aduhhh ..ni aku amik dari blog Ainismaira
Aku c n p je....
Diet Mayo ni
telah diperkenalkan oleh Mayo Clinic's USA. Program diet ini dijalankan
dalam tempoh 13 hari sahaja. Tapi ada pantangnya, jika Diet Atkins kita
tak boleh makan Karbohidrat dan Gula, tapi diet Mayo ni kita hendaklah
menghindari GARAM atau makanan yang masin dan air sejuk (ais). Pada hari
ke 14 pengamal diet Mayo ni boleh amalkan pemakanan seperti biasa, cuma
perlu mengawalnya.
Dari apa yang
saya baca, ada yang telah berkurangan sebanyak 8kg dalam masa 13 hari
tu. Tapi diet ni agak ketat sikit peraturannya, jika dalam masa 13 hari
menjalani diet Mayo ni kita ada terlanggar pantang dan sebagainya, maka
perlulah dimulakan semula dari hari pertama.. Macam sia-sia jela kalau
langgar pantang sebab kene start balik.. Huhuhu.. So, disiplin diri
sangat tinggi la.. Macam Diet Atkins jugak, ada minggu induction 2
minggu tu kan..
Berikut adalah cadangan menu untuk 13 hari program Diet Mayo ni.. :)
Hari Pertama & hari ke – 8
Pagi : 1 cawan kopi atau teh + gula ( tanpa susu )
Tengahari : 2 biji telur rebus + 1 biji tomato + bayam rebus
Malam :
150 gram daging bakar + salad ( daun salad dicampur dengan perahan jeruk
lemon atau jeruk nipis dan 1 senduk makan salad oil / olive oil).
Hari ke-2 dan hari ke – 9
Pagi : 1 cawan kopi atau teh + gula ( tanpa susu )
Tengahari
: 1 potong daging bakar atau rebus + salad ( daun salad dicampur dengan
perahan jeruk lemon atau jeruk nipis dan 1 senduk makan salad oil /
olive oil) + 1 buah segar
Malam : daging ayam direbus + 1 gelas plain yoghurt.
Hari ke-3 dan hari ke- 10
Pagi : 1 cawankopi atau teh + gula ( tanpa susu ) + 1 potong roti bakar
Tengahari : 2 biji telur di rebus + bayam rebus + 1 biji tomato + 1 buah segar
Malam :
daging ayam rebus + salad ( daun salad dicampur dengan perahan jeruk
lemon atau jeruk nipis dan 1 senduk makan salad oil / olive oil)
Hari ke-4 dan hari ke -11
Pagi : 1 cawan kopi atau teh + gula ( tanpa susu ) + 1 potong roti bakar
Tengahari : 1 telur rebus + 1 lobak merah diparut / dijus + sepotong keju ( 60 gram )
Malam : 1
mangkuk betik + salad ( daun salad dicampur dengan perahan jeruk lemon
atau jeruk nipis dan 1 senduk makan salad oil / olive oil) + 1 gelas
plain yoghurt
Hari ke-5 dan hari ke – 12
Pagi : 1 lobak merah besar diparut / dijus + lemon
Tengahari : 1 potong besar ikan dibakar
Malam : 1
potong daging dibakar atau direbus + salad ( daun salad dicampur dengan
perahan jeruk lemon atau jeruk nipis dan 1 senduk makan salad oil /
olive oil) + seleri kukus
Hari ke- 6 dan hari ke – 13
Pagi : 1 cawan kopi atau teh + gula ( tanpa susu ) + 1 potong roti bakar
Tengahari
: 1 dada ayam di rebus + salad ( daun salad dicampur dengan perahan
jeruk lemon atau jeruk nipis dan 1 senduk makan salad oil / olive oil) +
lemon
Malam : 2 biji di rebus + lobak merah diparut / dijus
Hari ke- 7
Pagi : 1 cawan teh tanpa gula
Tengahari : 1 potong daging dibakar atau direbus + buah segar
Malam : Puasa kecuali minum air sebanyak-banyaknya
Hari ke -14
mulai bebas kembali seperti biasa (kurangi gula dan makanan berlemak)
*PERINGATAN*
1. Daging ( beef steak ) harus dibakar dengan Danish Butter Unsalted ( tawar )
2. Makan malam ( terakhir ) harus jam 18.00
3. Air dapat diminum tiap jam minimal 8 gelas sehari, JANGAN MINUM AIS
4. Daun salad dimakan mentah
Ni contoh2 menu bergambar yang saya ambil dari blog > http://lepetitequeena.multiply.com
Ok, tulah serba
sedikit tentang Diet Mayo ni, sumber saya ambil dari blog berbahasa
Indonesia, ada yang saya dah translate, yang tak di translate tu memang
saya tak tahu la.. jadi saya letak link blog tersebut di sini ye..
Sumber : http://lepetitequeena.multiply.com/photos/album/138/Diary-Diet-Mayo-13-hari-bisa-turun-sampe-8kg
"haaa semua ada aku tak buang pun , kut2 nak tgk blog asalnya"
No comments:
Post a Comment