30 May, 2012

Jambatan kedua Pulau Pinang

Salam

ampa sume pernah tgk jambatan kedua di Pulau Pinang tak? Kebetulan td dok tunggu traffic light nampak le jambatan ni.


  
nampak tak...
aku pun tak tau berapa km jambatan kedua ni nak kena cek ni..

Makan-makan lagi

Salam
Hari ini tercapai jugala impian anak daraku nak makan tutti fuitti..pujuk memujuk dan mendesak bertalu-talu akhirnya tercapai jua...memang penat menyimpan rumah  yang tak pernah habis-habis dengan barang-barang dalam plastik yang tak simpan-simpan lagi. huh panjangnya mukadimah.  tapi tula sian jugala cuti2 sekolah dok saja kat umah tak buat apa. so bawa je la p mkn tutti tu. tupun bukan makan dalam kedai makan di tepi pantai Queensbay. heheh.

aku punya buh tak banyak pun nak tgk rege jee

anak daraku lagi sikit dia risau takut mahal sangat
hahhah sikit je kan, bukan apa tak biasa risau gak le ...org kampung dia jakun la sikit...

menikmatila ni..Alhamdulillah

anak terunaku plak ...sejukkk
Alhamdulillah ada rezeki boleh g lagi...

27 May, 2012

Makan malam

Salam...
Walaupun letih tapi cdg nak pergi la gak cosway n kedai borong sakan sbb nak borong heheh takdela cuma nak membeli apa yg patut. Lepas tu dah boringla asyik dok buat keje je...nyimpan umah tak abih2. Memang tak abih lagi tapi kena gak kuaq hirup angin luaq heheh.alasan
Cadang tu nak p cuba tutti fruiti..Anak dara tu dok teringin n ajak lama dah, pastu abah dia kata ari minggu, parking susah. maka kuciwa la dia.

kalu tidak dah jd santapan km la td  dr google
Akhirnya kami ke KFC mana lgi la tempat yg mudah, senang nak p tak payah pusing-pusing cr parking. Cadang nak makan KFC Pokkit. Tapi dia kt tak masak lagi... Pastu anak teruna aku nak mkn nasi ayam. Dah habis. Waktu tu br koi 9.00 kalu tak silap aku. Somi aku dah ajak p ke KFC Sunshine ...heheh aku je yg malas.

Yang bestnya 'jiran' sebelah aku dah ngamuk, aku rasa tunggu benda ni la, dr aku order mkn sampai aku abis mkn, husband dia pun dah kuaq dr Giant tu, makanan tak siap lagi.  Siap kt kalu takde kata takde jgn nak kata ada, org  ada keje lain ni.... Hhahahh patutlah abih upanya promo abih arini. huhuhu...

Akhirnya

Salam
akhirnya Pagi Sabtu aritu selesai, tapi tak abih lagi, hanya benda-benda berat dan besar je yang dihantar dengan trak tentera. punyala berat dari tingkat 1 kuarters tentera naik ke kuarters guru tingkat 2 boleh bayang tak...huhuh. biasala sofa dan katil. tapi yang paling berat adalah kerusi urut. Aduhai sian tgk aku rasa mcm nak suh tinggal kat bwh je. Tapi mustahil gak...mahal ooo.

Ari ni, sampai lupa plak ari boleh ka...aduhai...punyala letih nak tiduq pun tak tertidur.... tak boleh nak tiduq..penat sgt. masak apa ntah lagi langsung tak peduli, tp jemu gak asyik mkn diluaq jee.Gambaq pun takdak takdan nak amik..heheheh. nanti tunggu kuarters tentera nak p cuci dan amik brg mn yg patut lagi heheh

23 May, 2012

GA yumi plak

Salam
Jalan2 jumpa GA ni Nak join ?

GA Yumi 


Terma dan syarat:

1) Penyertaaan dibuka kepada semua.

2) Tinggalkan address blog anda beserta email address di ruangan komen post ini.

3) Tarikh tamat GA ialah: tepat jam 12 tgh malam pada 27 Mei 2012. Pemenang akan diumumkan pada
 28 Mei 2012.


4) Pemenang akan dipilih secara rawak melalui www.random.org. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui email. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak menjawab email dalam masa tiga (3) hari, kemenangan adalah terbatal dan undian akan dibuat sekali lagi.

Nak  join klik je kat Banner kat atas tu...
boleh masak-masak

22 May, 2012

Pindah plak

Salam.
Sebenarnya sekarang memang sibuk, dgn nak buat soalan periksa, dgn sibuk nak pindah umah. Sekejap g sn,, Tapi malangnya km memang tak merancang nak masuk kuarters lagi. apakan daya..terpaksa. Kadang-kadang tu terfikir nanti nak pindah ke rumah sendiri nanti, penat lagi sekali. aduhai... nak buat camne..



Ni brg berkotak pinggan mangkuk takdela byk tp buku n majalah...

Antara barang yang disimpan dalam kotak. nampak sikit tapi punyala teruk n letih biasala nak pindahkan penat gak la

Hari guru...

Salam

walaupun sambutan hari guru dah berjalan lancar tapi aku nak cite juga arini bukan pa...penat je aku amik gambar. Tahun ni sekolah mengadakaan Sambutan Hari Guru tepat pada 16 Mei. Baru la terasa meriah, kalu tidak dua tiga ari baru nak sambut. Pelbagai acara dijalankan untuk guru. Murid-murid pun amik peluang menghadiahkan  kepada guru kesayangan mereka. Aku? satu apapun takde..Takpe ngaja murid Pendidikan khas memang macam tu. huhuhu. Ok ni hanya beberapa keping gambar berjaya aku amik.
Muka-muka cikgu yang memang bersemangat kupas buah epal
Niplak nak jadi pereka fesyen



 Sebenarnya banayk lagi tapi aku terlupa dah nak amik gambar sbb suka tgk kawan2 masuk acara

Antara kengkawan yang dok tgh tunggu makan setelah bersuka ria...

21 May, 2012

Rejab..

Salam,

Arini 1 Rejab, ni berkongsi dr blog Leily




Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:-

“Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT."


Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut: 


Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari
- dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari
- dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari
- Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari
- Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
  • Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
  • Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
  • Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
  • Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.
Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:
 
  • Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  • Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  • Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
  • Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
  • Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
  • Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
  • Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
  • Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
 
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
  • Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.


Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
  • Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  • Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
  • Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.


Firman Allah SWT:



"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Surah Al Israa': 1) 

20 May, 2012

GA FM Sarawak

As salam

 Ada lagi GA dari blog ni FM dari Sarawak tu

syaratnya mudah sahaja
sapa yang berminat boleh email atau tinggal komen dan email bagi memudahkan untuk dimaklumkan
Pemilihan akan dibuat menggunakan random @ lipat kertas


Di pagi Isnin

salam
Dulu aku hairan asal isnin je aku nak dmam, asal Isnin je aku takde mood. Aku selalu kata pada diri aku betapa bosannya menjadi seorang yang begitu. Macammn nak meningkatkan produktiviti, meningkatkan kualiti...Ialah asal malam je mula fikir nak amik MC, mula fikir nak buat cite sakit...hahahaa
Rupanya baru aku tahu itu dinamakan Monday Blues

Dr pakcik google



 
Ni aku jumpa dr blog ini bila jalan2 cari cite pasal ni, katanya perkara di bawah ni dapat menghilangkan rasa dan simptom2 tersebut
 
1. Call a friend and Talk about the Fun Topics

2. Allow Your Feelings be as They Are

3. Plan Your Day

4. Ask a Co-worker How Their Weekend Went

5. Stop Complaining

6. Clean Your Desk

7. Help a Co-worker
 
 
Yeee... rasa boleh ikut..cubala pelan2. Tapi baru aku tahu bukannya aku sorang, boleh dikatakan ramai yang macam ni...huhuhu

16 May, 2012

Aku menang tp takde rezki...

Salam

Dalam dok surf dan nak buh entry br kat blog br terteringat GA dr blog Shana ni. Br la buka arini tgk2...Ohhh takde rezeki. Pastu sajalah tengok lagi sampai bawah blog tu. alamak nama blog aku ada.....tp dah tarikh tutup pada ari yg sm lewat dua hari jee..Memang takde rezki kalu tidak dpt patung comel tu huhu. Yg bestnya itu bermakna ada ong..hahaah bukan apa aku tak pernah merasa ong dr segi cabutan bertuah dan sebagainya... Kali ni ada rasa sonok sgt hehe
kalu tak dapat patung comel ni...