08 September, 2013

LDP di Tasik Beris Sik, Kedah

Salam

elok-elok abis syawal, sekolah aku buat LDP atau Latihan dalam Perkhidmatan atau sesetengah memangil LADAP. Bila buat di luar sekolah confirm makan 1 hari...perjalanan memang agak jauh dari Pulau Pinang. Cadang nak drive sendiri pun tak jadi bila tgk aktivitinya ...berat. LDP ni dibuat di D'Puncak Beris Lake Resort, Sik Kedah. Layan gambar....

ni nak buat water confident dan sesi penerangan dari fasi
sesi merentas tasik....tali diregang dari bot tu hingga ke seberang sana
ni sesi mengait rambutan aku tak join sbb aku batuk

kumpulan pertama yang sampai mendayung rakit
Rakit km kena tundadah tak terdaya nak mendayung

gambar yang tgh tu walau tersnyum lebar tp takut sungguh  
Semua gambar ni ehsan dari FB Fiza

Boleh dikatakan sesi LDP ni btul2 menguji fizikal dan mental aku. pertama aku tak pandai berenang dan stamina aku lemah. Tapi disebabkan teringin nak join aktiviti aku try la gak. Tapi tak sangka aku memang takut ayaq. kalu dalam ayaq kaki aku sentuh tanah pun aku takut inikan plak tak sentuh lagi la..Aku ingatkan aku berani upanya tidak..memang penakut. Aku 'berenang' la kononnya tapi tak boleh semua perlukan bantuan...sib baik kengkawan aku Rusniza, Iwah n Md nor pandai berenang...aku harap kat depa jela. tapi aku tau depa mesti letih nak cover aku yg badan besaq ni.
Mayb ni la kali terakhirnya aku buat aktiviti ayaq ni.Dah takmau menyusahkan orang...huhuu

05 September, 2013

Jalan-jalan ke Bukit Bendera (2)

Salam

Sambung lagi entry Bukit Bendera
Setelah amik kata putus ..km nak terjah Owl Museum plak. Nak masuk sini dikenakan bayaran RM10.00. Bagi aku mahal. Tapi disebabkan kanak-kanak 12 tahun ke bawah tidak dikenakn bayaran so aku masuk gakla. Abahnya tak mau masuk sbb ktnya dah jemu tgk burung hantu..
Layan je gambar
Ukiran yang hampir siap


gambar bung hantu btoi dan kartun



Arca dan patung burung hantu

nak interprem gak





bantal-bantal yang menyerupai burung hantu, rupanya cute


kakak dan luqman...dua-duanya happy



antara yang aku suka tgk


informasi pasal burung hantu




comelkan


bangku kayu yang ada gambar burung hantu



Antara cenderahati burung hantu yang dijual, memang comel regenya pun comel



Ni dah nak balik terpisah gerabak la plak, luqman ada kat belakang tu..tak senang duduk dia

Gambar ni terlepas ke bawah plak...kena RM10 bergambar dengan burung abahnya takmau enterprem.

Itu sajalah perjalanan km ke Bukit Bendera cadang nak ke Padang Kota plak pekena mee atau pasembor tapi aritu ada Program Ustaz Muda tak jadi singgah , parking penuh tak larat nak jalan jauh-jauh. Lupa nak bagitau kat atas Bukit Bendera ada Masjid ...bolehlah singgah sembahyang.
Lupa lagi nak bagitau km amik tiket Family so hanya kena bayaran RM18.00 utk 1 family (2 Dewasa 2 kanak-kanak). Budget keseluruhan ke Bukit Bendera....

                              Tiket (family)                      = RM18.00
                              Makanan (lebih kurang la)  =RM25.00
                              Bergambar dengan burung  = RM10.00
                              Parking                               = RM3.00

Jalan-jalan ke Bukit bendera

Salam

Sekali lagi dan lagi lama dah aku tinggalkan blog ni.
Takmau mukadimah panjang-panjang aku nak teruskan entry pada tajuk tu...
sebenarnya p Bukit Bendera ni dah lama...dlm bulan syawal aritu tapi M telah menyerang so tertangguh je...Arini harus kupulun buh semuanya...huu
Pada mulanya cadangan nak ke rumah terbuka member somi dan setrusnya ke Bukit Bendera tapi umah member somi tak jadi...somi dah terlupa katne umah dia..
km ke Bukit Bendera atas pujukan beberapa bulan anak daraku...mcm2 dia bagi alasan adiknya tak p lagi, keretapi baru ni tak naik lg la. Akhirnya tercapai jua. Memang Luqman belum pnah pegi lagi.Km bertolak agak lewat ada urusan yang perlu diselesaikan.
Apa-papun layan gambaq je...
Pemandangan dari Bukit Bendera


Anak daraku dan abahnya


 Terpaksa berenti dua kali sini nak teropong sekitar pulau Pinang .Dikenakan bayaran RM1.00 selama 3 minit kut...tak ingat la

Anak daraku di atas food cout dan gerai baju
 Food Court ni selain makanan dan minuman ada juga dijual tshirt dan cenderamata lain..harga makanan biasalah serupa kalu kita p kat tempat-tempat peranginan ni. RM5.00 ke atas. makanan dia boleh tahan  sedap gak. Dalam aku batuk pun aku makan gak ais kacang, sbb ktnya sedap.. Bg aku boleh tahan sedapnya cuma agak kasar. Dan makanan di sini kedai-kedainya bercampur Kedai melayu dan kedai Cina dan India so berhati-hatilah jgn terjah je...kehalalan perlu gak dijaga. Gambar makanan lupa nak amik...terlampau lapar.
Ni antara gerai jualan tshirt dan cenderamata..Cadang nak beli tapi tak beli pun

muka kenyang dan letih

tengah berbincang nak ke Owl Museum

 Tunggu nex entry ye....
























02 September, 2013

Rumah terbuka Syawal

Salam
Sebenarnya tak banyak pun entry ni, gambar pun tak banyak segan gak nak amik gambar byk2...sbb aku ni kan bkn jenis suka bergambar huhu
Somi aku dijemput oleh kawannya ke rumah terbukanya. Km pi pun agak lewat so lauk byk dah abis. Tapi nasi arabnya Ya Rabbi sedappp...rasa nak bertambah..Tapi maaf la gambar tak amik pun
Menunya Nasi Arab dan lauknya dalca (sedap gak) dan lauk ayam masak apa ntah. Pastu ada laksa pun sedap...sate, ketpat dan serunding...Fuhhh  puas hati makan kat sini.
Sebenarnya member somi aku ni muda lagi dan kaya orangnya kereta mwah je ada 5 buah,...katanya umah ni bli cash Fuhhh..Tapi memang orangnya mrendah diri...biasa-biasa aje orangnya.

Tiba-tiba datang kereta ni...antara kawan-kawan kayanya jugala. Nak bandingkan ngan Kenari aku Haahahhhahha
Kemudian km ke umah anak murid diBukit jambul. Nasi hujan panas lauknya pun bermacam jenis dan bermacam juadah tak terdaya dah nak makan... sedap-sedap gak ohh rezeki sgguh Alhamdulillah....
Cikgu Imah n J

Antara hidangan byk lagi tu sampai ke hujung