Salam
Ni dapat email, rasa boleh dikongsikan
Guide to A Better Life
Seorang pesakit kanser pankreas yang meninggal pada tahun 2008 telah
menulis sebuah buku yang bertajuk “The Last Lecture” di mana buku ni
adalahantara bestsellers pada tahun 2007.
Salah satu legasi yang hebat yang ditinggalkan.Dalam surat beliau kepada
isteri nya Jai dan anak-anaknya Dylan, Logan dan Chloe, beliau telah
menulis ‘Guide to A Better Life’ untuk menjadi panduan
kepada mereka.
Diubahsuai dari bahasa inggeris dan dikongsikan melalui forwarded email.
Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita
Personaliti
1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu
bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda
kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan
beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan
membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di
sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan
menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda
akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju
Komuniti
15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke
atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi
keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung
dengan mereka
Kehidupan
22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23. Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan
bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak
menggembirakan
29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi
gembiralah
Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas, kongsikan
pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda
pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama,
orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama
anda. Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang
di sekeliling anda.
No comments:
Post a Comment