Salam
Hari ini dikatakan Hari Valentine...Hari berkasih sayang....kononnya.. Apa yang jelas dan nyata dapat diperhatikan dari tahun lepas gigih sesetengah siaran erbentuk rancangan agama mengulas dan membantah malah mengajak beramai -ramai umat Islam tidak meraikan Hari V ini. Dan tadi menonton berita TV9, fatwa tlah dikeluarkan sudah 7 tahun merayakan Hari V ni adalah haram... Sebab Umat Islam sudah ada 2 perayaan yang besar dan patut diraikan iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.
dan tahun ini sekali lagi Jakim telah melancarkan AWAS JERAT HARI VALENTINE.. Kalu nak baca sejarahnya bleh p ke JERAT V ni
tapi yang nak tergelaknya bilamana ahli-ahli politik kalut memainkan peranan, menunjukkan kebolehan..bercerita tentang Hari V ni. malah politician ni secara terang-terang mengatakan pengharaman ini menyekat kebebasan rakyat lain..sedangkan Malaysia ni berbilang bangsa... LAAAA mulalah aku nak melalut depa ni nama je mengaji tinggi tak nampak ka depa kata org islam diharamkan meraikan HARI VALENTINE ni....Tapi kalu rakyat yang cerdik pandai ni ni depa akan tau bukan ditujukan pada yang bukan Islam..
Kita sekarang bercakap pada yang orang Islam kalu meraikan Hari V pada hari ni maka ramailah bayi-bayi yg akan ditinggalkan di masjid, di tandas, di tempat sampah pada bulan November nanti. Jadi seperti kata Ketua Pas kawasan tanjung (kalu tak silap) org bukan Islam jgn dok kalut nak tegur pasal Hari V ni...dan jangan sesekali mencampuri urusan agama Islam..
No comments:
Post a Comment