2011 dah meninggalkan kita, 2012 mula menjelma menjadikan kita bagaimana? Warga baru? atau masih warga lama yang penuh dengan azam-azam lama yang belum ditunaikan ataupun warga baru yang telah merasa puas kerana berjaya menggapai impian dann cita-cita-cita dengan azam yang telah kita rancang dan bina?
Aku bagaimana? Memang masih banyak yang tertangguh dan tertunggak impian dan cita-citaku bilamana tidak dapat dilaksanakan. Banyak sebabnya; paling nyatapenyakit M, kekangan masa, kurang motivasi dan kurang tekanan dalam diri. harapan aku di tahun 2012 ni aku lebih semangat, bermotivasi, berkeyakinan dan harus pantas bertindak dan berfikir, malah aku juga harus buangkan sikap M aku dan bertangguh aku.
Huuhhh cakap pada awal tahun memang berkobar tapi aku harus mengotakan apa yang aku nak buat. YEEEESSSS!!!!!
Sumber: blog |
Perlu ditingkatkan, perlu diberi keutamaan
1. Agama
2. urusan rumahtangga
3. anak-anakku
4. Urusan kerja
5. Urusan kerja kedua-heheheh
Aku ada baca di wall FB ada yang menyatakan boleh menunaikan azam pada settiap bulan ...ialah dah banyak. Tapi melihat pada azamku ini apa yang nyata perlu seiring dan teratur kerana aku menjalani semuanya setiap masa, hari dan bulan...InsyaAllah
Suka sungguh guna gambar kartun ni |
sumber: Google
No comments:
Post a Comment