Salam semua
Punyala dah lama bersawang, jenuh gakla nak cuci, vakum, dah bersin banyak kali.Dahla masuk pagi-pagi subuh sapie ni. Alhamdulillah hari ni ada kekuatan untuk berpuasa. Dah berapa hari menyambut Ramadhan hari ni baru aku berpuasa. Untuk pengetahuan aku demam dkt dua minggu. Bermula hari Selasa sebelum minggu puasa hinggalah hari berpuasa aku masih dalam sakit, -sakit badan, kepala dan mental. Memang teruk aku rasa kali ini. Tak p sekolah dan terpaksa amik mc sehari sehari. Nak menunggu berjumpa doktor memang benar-benar menguji aku. Waktu di hospital, aku boleh terlena, aku tak pernah membaringkan diri atau terlena di mana-mana kecuali rumah. Tapi kali ini aku memang tak peduli dengan orang dasyat btul.
Apa yang tak best aku pereksa jumaat...aku tak boleh baca buku. Baca buku last minit selak-selak, tenung-tenung,, tengok-tengok ja nak buat macamamn. Hari ni pun aku ada pekse lagi. Aku tak tahu samada aku mampu atau tidak. Macam haritu aku tak mampu menulis dengan baik. Harap-harap hari ni perjalanan peperiksaan aku lancar. InsyaAllah ..mudah-mudahan.
No comments:
Post a Comment