Laman ini umpama kehidupanku,kadangkala berkongsi di maya ini lebih senang mengatur kehidupan lalu dan akan datang. Harap-harap aku semakin rajin menatap, bersembang di laman ini. InsyaAllah....
24 February, 2010
kapal belayar
Dalam sebuah kapal, di dalamnya ada nakhoda, kapten kapal, anak-anak kapalnya. Kapal itu cantik dimata, besar, kemas dan teguh. Nakhoda sering bawa kapal dan anak buahnya belayar menjelajah alam melihat keagungan tuhan. Keadaan sentiasa begitu ada masa, ada ketika mereka mulakan pelayaran mereka. Kadangkala anak buah nakhoda kapal itu sering bertukarganti ada yang berhenti kerana sakit atau ada yang berhenti kerana hendak beralih angin. Mungkin sudah jemu menikmati pelayaran. Namun nakhoda tetap dengan tugasnya mengepalai pelayaran bersama kapalnya.
Sekian lama belayar, anak buah nakhoda mula memberontak. Dikatanya nakhoda sudah tidak pandai mengepalai pelayaran, nakhoda sudah lemah, nakhoda tidak bijak, tidak maju ke depan malah SELALU BUAT TIDAK TAHU PADA ANAK BUAHNYA. Nakhoda mendengar, melihat dan merenung serta membuat pengamatan akan kata-kata dan tindakan anak buahnya. Namun nakhoda agak lemah. hanya sedikit tindakan yang diambil. Nakhoda juga sudah mulai bosan. Bosan mengepalai pelayarannya, bosan dengan pelayarannya. Pada fikirannya, nakhoda hendak menjual saja kapalnya pada anak buahnya. Mungkin ada diantara mereka yang berminat. Nakhoda juga berfikir untuk berkahwin, mempunyai zuriat dan hidup di darat sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)