08 December, 2010

Jalan-jalan Port Dickson

SAlam

Minggu pertama cuti km bergerak ke Port Dickson plak. Kali ni kami beramai-ramai...aku, pak ngah dan abahcik. Aku plak bergerak darui Pulau Pinang ke Ipoh , tido semalam, bergerak plak ke Shah Alam tido semalam. Sabtu plak bergerak ke Port Dickson. Semua orang ada kecuali somi aku je...dia ada operasi..Walaupun tak berapa seronok tp ramai-ramai bolehla ada seronoknya gak
Km dok di Cocoabay apartment 3 bilik, alhamdulillah selesa la cuma jauh gak dari pantai ...yang tu jela tak berapa best. Ari nak balik km sempat p mandi pantai..















Gambar dah dimasukkan pada 17/12/20.ada lg ni tp tak larat dah...tunggu ..

07 November, 2010

Novel baruku

Salam,
bukan pa nak cite je aku beli novel balik, Dah lama kau tak beli kali terakhir aku beli novel karya Faizal Tehrani. MAsih banyak lagi karya beliau belum aku beli. Lepas ni bolehla. sebab karya Faizal ni berat sikit bg aku. Kena penghayatan lebih



Nyanyi sunyi oleh Maskiah Masrom. Pernah jadi novel bersiri dalam Metro. Dari situlah aku tertarik dengan novel ni. Akhirnya berjumpa
Novel anak daraku. Penulis ni cikgu praktikum di sekolahku.

04 November, 2010

jalan-jalan ke Cameron Highlands

Salam,

Sekali lagi bertemu, kali ni ada cerita sikit. Baru -baru ini 23-25 Oktober, saya bersama keluarga berkesempatan ke Cameron Highland. Sebenarnya apartment yang nak disewa telah lama dicari, tapi tak berani nak call dan confirm sebab cuti suami tak diluluskan lagi. Tunggu punya tunggu akhirnya pagi jumaat baru confirm dan saya pun mulalah call penyewa-penyewa dan adik-adik serta mak. Biasalah bila last minit susahla sikit tambahan pula km amik 3D2N, sbb kebanyakan penyewa lain hanya amik 1 malam je. Jadi tak dapat dipenuhi la.
Setelah mencuba akhirnya jumpa juga dekat Apartment Royal Lily. Apartment 3 bilik.
Manakala adik-adik pula tak dapat join sekali. Umah dahla besar.. takpelah kami anakberanak je. Gambar rumah lupa nak amik..Masuk je terus cek itu ini..lupa nak snap..berehat




kami bertolak dari Pulau Pinang, masa ni sampai di Tol Juru. agak kelam kabut juga la. Balik sekolah baru nak bersiap . Kami pergi dengan Kenari je. Risau gak kereta ni tak pernah berjalan jauh.
Suami yang bawa sepanjang jalan, tak mengantuk pulak ...


Sepanjang perjalanan
Hari Kedua , Selepas sarapan maggi goreng (masak sendiri), kami ke Bharat Tea. Niat asal memang nak minum tea dan scones, tapi scone tu mahal la 2 biji RM10 @ RM12-tak ingatlah.Bukan apa takut sedap nanti tak cukup plak 2 biji jee.. Tapi sebelum tu kami jalan-jalan pegang daun teh dulu atas permintaan anak daraku. Mulanya tak berani gak nak turun takut penat, almaklumlah 'besar'...tapi akhirnya.... Cuma anak terunaku je, taknak jalan asyik nak dukung jee. Suami pula asal tak nak turun, jeles kut tgk km turun jugak sambil dok dukung anak terunaku. Layan je gambar-gambar kat Bharat.










Honey Lemon tea dengan cheesecake


Lepas tu km berjalan-jalan ke tempat membeli belah, tak amik gambar banyak, tak ingatla nama tempat tu tapi dekat dgn Uncle Sam farm. Tak bli apapun jalan-jalan jee.




Km teruskan perjalanan km ke Taman agro Al Mashor, Kg Sedia. Walaupun hujan renyai dan agak lebat juga dan pastinya sejuk, niat mesti diteruskan nak makan aiskrimnya. Sedap. Kalu tak hujan mau tambah lagi. Rupanya kat sini banyak juga homestay, tp stail kg skit. Boleh la. Kalau ada jodoh lagi ngan Cameron nak try tinggal kat Kg Sedia ni plak







Akhirnya km balik pada hari Ahad, Cadang tak mau singgah kat mana dah, nak balik je, tapi tersinggah kat tapak pasar malam. mayb cuti kut jadi siang hari pun bukak jugak. Tak beli apapun cuma bantal dan fridge magnet jee. Kiranya cuti ni bukan nak bershoping tapi nak berehat semata-mata. Almaklumla hujung bulan sama. Dalam perjalanan balik kami tersangkut dari tapak pasar malam ke Kea Farm. Jalan tersengguk-sengguk. Rupanya ramai orang, rombongan budak sekolah yang paling ramai. Ingatkan takdak orang.

InsyaAllah ada rezeki lebih, ada cuti boleh mai lagi....

15 October, 2010

keputusan..

Salam

Semalam tengok keputusan pereksa...dah agak, sah dan nyata aku dapat ciput...sedih gak dan sedih sangat semangat nak grade (walaupun thn dpn) dah padam. Hancus. kecewa. nak buat asigment kali ini langsung tak bersemangat. Walaupun dah agak keputusan teruk tapi masih sukar nak terima..Dah nak masuk Tutorial 2 tapi aku dok nganga lagi tak buat apa.
hahhhhhh......

HAri ni pulak ada periksa PTK..Semalam belanjawan umumPTK dimansuhkan tahun depan bulan Jun. Dok Pikir ni nak pegi ke tak ...hmmmmm

29 September, 2010

Raya 2010

Salam

lagi sekali kena bersihkan umah ni..teruk bersawang. Macam biasa, sentiasa online tapi tak masuk blog...alasan...penyakit M ku telah menyerang... entry kali ni nak tunjuk gambar raya jee. Tapi tak la banyak sangat biasalah "M".


Pak Ngah, cameraman yang dok pulun set kamera


Tok dah bersedia ngan cucu-cucunya

Anak terunaku dok berebut dengan sepupunya
Sebahagian dari kuih raya lupa nak buka tudung
Sob sob tak tahan btoi bila bersalaman
Anak daraku dan toknya
Anak menakanku dan tok
Anak teruna dengan toknya


Sesi awal bergambar
Semua dah berkumpul








*udahla ngantuk gambar tak masuk2 lagi....nak tido la sok masukkkan gambar