16 April, 2009

Cuba-cuba



Ni la hasilnya ribbon bookmark ikut maya
Tu novel yang baru habis baca tadi...Ada benda lain nak buat lagi. Tapi tak kesampaian lagi .Rasa nak kena cepat sebelum semester baru bermula...

15 April, 2009

Dah abisss

Yeba....! Exam dah abis ari Ahad lepas. Keluar awal. Soalan susah gila... tak tau la. Frust gak rasa macam nak keluar tak mau jawab. Hehe mana leh... Teruskan juga. Perah otak habis-habisan. Tapi kuar awal. P cari ATM n singgah kedai A to Z. Jumpa butang n riben nak buat ribbon bookmark. Tak tau la jadi ke dak. Tak buat lagi asyik dok buat keje rumah n baca novel... tapi mesti buat gak kalu jadi leh tunjuk...

Ada benda lain lagi nak buat tapi benda asas takdak mesin jahit.... boleh ke tak pakai mesin... dok survey tapi tak jumpa lagi.. Mesin jahit ada kat kampung rosak plak tu. Tengokla nak perbaiki atau nak beli baru. Nak beli kain n bla bla bla kalu jadi laa.

10 April, 2009

hati, akal dan fikiran

Guru baling mercun ditahan

Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my


KOTA BHARU: Seorang guru sekolah rendah antara tiga yang ditahan selepas terbabit dalam rusuhan di luar Stadium Sultan Mohamad IV di sini, selepas perlawanan bola sepak separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan dan Negeri Sembilan, malam semalam.

Guru berusia 30-an itu ditahan serta-merta kerana kesalahan membaling mercun ke arah polis manakala dua lagi pelajar institusi pengajian tinggi di sini, dan pelajar sekolah menengah, masing-masing berusia 20 dan 15 tahun selepas melakukan kesalahan membaling botol air.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi berkata, ketika ditahan, anggotanya turut menemui tujuh lagi mercun bola dalam poket guru berkenaan.

“Ketiga-tiga mereka ditahan mengikut Seksyen 148, 435 dan 332 Kanun Keseksaan dan direman dua hari bermula hari ini (semalam).

“Dalam kejadian itu, dua anggota polis cedera akibat tindakan ganas penonton apabila dibaling batu yang terkena kiri bahu.

“Dua anggota berpangkat lans koperal dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan pemandu pacuan empat roda polis berpangkat konstabel sokongan cedera.

“Kami sudah melihat rakaman video sepanjang perlawanan sehingga insiden itu tamat dan mengenal pasti individu terbabit untuk membuat tangkapan segera,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, penonton tuan rumah melakukan rusuhan apabila menterbalikkan pacuan empat roda polis dan membakarnya selepas tidak berpuas hati apabila pasukan mereka tewas 1-0 kepada Negeri Sembilan.

Akibat kejadian itu, sepuluh kenderaan dirosakkan penyokong terbabit termasuk kereta Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Anuar Musa.

Sementara itu, Abd Rahim berkata, sepanjang perlawanan itu tiada sebarang insiden berlaku dan keadaan disifatkan sebagai terkawal hingga tamat perlawanan.

“Namun, selepas penjaga gol Kelantan, Halim Napi menyerang seorang pemain Negeri Sembilan, ia membangkitkan semangat penonton dan kami cuba menyelamatkan keadaan. Semua pemain Negeri Sembilan diiringi untuk kembali ke hotel.

“Setakat ini, tiada laporan dibuat pemain Negeri Sembilan berhubung insiden itu, tetapi kami boleh mengambil tindakan terhadap Halim tanpa laporan daripada orang yang dicederakan. Sehingga kini, kami belum mengambil keterangan Halim,” katanya.



Selain itu, beliau berkata, polis masih berbincang dengan Kafa untuk mengadakan perlawanan seterusnya dengan mengambil kira keselamatan yang tidak terjamin.

“Dua insiden berlaku berturut-turut dan ini mengganggu ketenteraman awam. Kami akan cadangkan kepada Kafa supaya perlawanan dialihkan luar dari negeri itu,” katanya.


petikan dari mymetro.


Inikah nilai seorang guru semangat macammnapun ingatlah kita tu sapa... Tak pasal-pasal kena tahan polis. Dah jadi cerita lain pulak.
Apapun buat kerja guna otak dan akal, tanyalah iman yang ada, kajilah apa risikonya apa masalah yang akan timbul, fikir-fikirlah.
Genggam iman amal, genggam akal fikir, genggam nafsu binasa, genggam ilmu jaya, genggam hati rasa




Hati......

Sekadar meminjam dari blog 'wardatul asfar'.Bukan apa tertarik dengan petikan ini. Minta izin ye...

Lumrah bagi insan bernama manusia.Sekuat dan segagah mana pun dia,satu ketika pasti akan di uji.Ujian yang datang menguji diri.Menguji sejauh mana kekuatan.Menguji keimanan kepada Tuhan..

Tatkala mehna mendatang,terkadang diri merasa lemah.Lemas.Lelah.Sempit.Tertekan.Tanpa disedari,manik-manik jernih di hujung mata jatuh tanpa dipinta.Usah mengeluh,usah di tanya mengapa.Kerana sesungguhnya ujian yang datang dariNYA adalah ‘hadiah berharga’ dari Sang Pencipta untuk hambanya yang beriman.

Di saat menikmati segala kurniaan dan pemberianNya..Mungkin, adakala diri terleka,terlupa,hanyut seketika..Mungkin..Betapa dalamnya kasih Allah pada hambanya.Di waktu diri terlalai dari mengigatiNya,DIA masih disisi.Sentiasa.Ujian yang datang bukan percuma.Sebaliknya mentarbiyyah diri,mengajar erti kesabaran,erti berdikari dan mensyukuri nikmatnya selalu.Usah kau lemah.Ingatlah bahawa aku ada di sini.Teman-teman sentiasa disisi.Keluarga pendokong sejati.Bersabarlah menghadapi ujian ini.Kerana dalam berjuta,engkau insan terpilih.

Paling utama,DIA.Yakinlah akan janjiNYA…Firmannya yang bermaksud…

‘’Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya’’

‘’Berdoalah kepada KU,nescaya akan KU perkenankan kepadamu’’

‘’Dan apabila hamba-hambaku bertanya padamu(Muhammad) tentang AKU,katakanlah sesungguhnya AKU DEKAT.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU.Hendaklah mereka memenuhi perintahKU dan beriman kepadaKU,agar mereka memperoleh kebenaran’’

‘’Telah berkata Jibril a.s: Wahai Allah,Engkau sampaikanlah hajat hambaMu.Maka Allah berfirman:’’Biarkan hambaku itu…Kerna Aku mencintai rintih suaranya’’

Moga kau kuat menghadapi segala dan senyuman terukir semula di wajahmu…..

06 April, 2009

Action Songs



Anak daraku masuk action songs lagu Do re Mi dan You're my sunshine. Lawan di S.k Mutiara Perdana. Malangnya aku tak sempat tengok. Sempat amik gambar waktu dah lepas ni saja nak tunggu keputusan