09 December, 2009

tensen lagi

Sebenarnya ari selasa ari tu pekse, paper b.m. Dapat paper je terkedu...soalannya ..tidakkkkkk...



Cadang nak g jalan-jalan lepas exam. tapi tak jadi, dok dalam kete senyap.geram, sakit ati. semua ada. Macammana la nanti keputusan nanti..Balik umah rasa letih yang amat sangat... cadang nak masak tapi tak jadi. tapi malam ni memang nak masak release tensen.kwakwa.Resepi ikut sini, suka baca blog kak ummi ni rajin orangnya.Gambar nanti nak update

30 November, 2009

kenduri

Hari ni raya kedua kenduri di Panggas, Perlis. Anak sepupu. Cadangan kami nak bertolak dari Penang selepas Subuh. Siap punya siap tgk dalam beg, kunci rumah canglun takdak.Aduhai punyala rancang punah. Apala cuai sungguh .....rasa frust btul. takdak orang la beraya di Canglun. Kami bertolak lambat la..Apapun layan gambar


Anak dara tula anak sepupu dan suaminya
Entah apahal gambar kelabu la plak

Adik anak dara dan hantaran


Bilik pengantin simple tapi sejuk je mata memandang


Banyak amik gambar tp entah nape tangan dok tak stabil kut, kelabu jee kena delete la..Moralnya beli la kamera kwakwa

27 November, 2009

Hari Raya Aidil Adha

Pertama kali sepanjang kehidupanku beraya kat tempat orang, kami anak beranak jee. Beraya dengan mentua tak kira, tu lain. Kali ni beraya di kem...Mula la fikir sendiri nak buat apa.nak masak apa, pandai ke masak sedap ka... semuanya datang bertalu-talu..Akhirnya buat keputusan nak makan ketupat palas dan rendang daging, laksa dan biskut raya. Somi minta buat gulai tulang, ish tak berani la nak buat, tak reti tambah banyak2 pulak. next time yeee bang. kena try dulu hehe.

ketupat dan rendangnya
ketupat daun palas-makanan wajib di hari raya


Sok cadang nak balik Changlun, jenguk umah, nak beraya kat sana, walaupun mak di Mekah kena balik jenguk gak. Abahcik tak balik...tunggu mak balik nanti. Lagipun sok ada kenduri anak menakan sepupu kat Panggas, Perlis

17 November, 2009

Bila.....

Bila kita di atas kita selalu lupa
Bila kita dah berjaya kita selalu lupa
bila kita bahagia kita jadi seronok lebih
bila kita sakit kita tak pernah ambil panduan
bila kita kecewa kita selalu salahkan orang lain
bila kita sedih kita jadi orang yang paling kecewa



08 November, 2009

anakandaku

Hari tu bawa anak-anak ke padang Kota. Sebelum tu kami p Mydin. Cadang nak g makan-makan kat padang Kota tapi rasa kenyang lagi.. n masih awal lagi so main-main je laa


anak dara ni memang suka naik buaian

anak teruna ni pun suka sampai tak mau bangun



Tapi malangnya km kena saman sbb tak buh duit klat meter masalahnya meter tu rosak. Komplen dkt pguatkuasa tu dia kata ..orang lain la bukan dia... kalu tgk masa tu memang dia...

hampehhh btoi...

Hari ini....

Alhamdulillah...hari ini kena antar asignment, hari ini ada kuliah T4 hari ini mak , adik, dan ngah akan menunaikan ibadah haji. dapat tahu penerbangan mak dah seminggu ,kelam kabut jugalah, macam-macam fikir nak buat asignment (last minit punya keje), nak balik kg, nak antar mak.pikir punya pikir sampai sakit kepala, sampai nak termuntah. Sebenarnya mereka akan naik di penang gak. sebenarnya fikir semuanya dalam masa terdekat dan sama....nanti sepupu sepapat dan adik-adik nak mai-bukan apa dok fikir nak jamu apa...

akhirnya asignment sempat siapkan 2 dan satu lg blk siapkan d kg. Bila blk kg cadang nak bertolak ke penang lepas asar..mak minta tlg jiran sebelah buat bihun..n ramai yg datangtgk bawa kuih muih...akhirnya jd kenduri gak..slepas koi 5 mereka bertolak , saya bertolak lambat sikit harap-harap tak mengantuk sbb letih gak kurang tido siapkan asignment...Alhamdulillah perjalanan lancar dan selamat..Balik penang minta tlg classmate tlg antar..Dlm koi 1 lebih sepupu sepapat mai...janji nak ke kompleks tabung aji koi 3.30..awalnya..

dalam koi 4 km bertolak bukan jauh pun dekat je...rupanya kena tunggu plak sampai koi 7,45 untuk check in dan naik bas dlam koi 10.45. InsyaAllah akan naik kapal terbang koi 11.45


Adik, tuan umah blog ni bersiap-siap bubuh tag pada ba
Tag mak
mak dan ngah
sapa ntah ngan mak.mengantuk sgt ni..

anak-anak ngah kat belakang mak n ngah

23 October, 2009

cita-cita dan impian

Mencuri masa sekejap...sebab malam ni sakit kepala. Sebenarnya sekarang musim kuliah dah bermula, musim sakit kepala nak buat assignment, jadi kurangkan nak berblog(padahal memeng jarang pun) tambahan kerja-kerj dan fail yang perlu disiapkan... rasa berserabut kepala otak dah tulis satu-satu, luahkan pada buku kerja tapi tak jadi gak dia mai dok kacau..kadang tu rasa nak biaq ja..nanti padan muka sendiri plak.

Sebenarnya dalam dok mencari bahan-bahan nak buat assignment(biasanya subjek seni la) mula la jumpa blog best-best yang berkaitan ngan seni... dulu cari bahan buat seni gak jumpa blog pasai kraftangan bestnya...terus bookmarkkan...ni dok cr pasal arca plak aduhai boleh terbabas masa dok baca blog-blog tu...Bila baca kisah depa mula terkenangkan cita-cita @ angan-angan kut ....nak jadimacam tu... memeng minat pada catan dan arca. suratkabar dulu banyak buh lukisan-lukisan hasi dari pelukis tempatan, gunting dan simpan waktu tu sekolah menengah. minat tapi tak berbakat.langsung takdak setakat lukisan pensel tu bolehla..
Lepastu memang minat pada sajak dan cerpen...cuba tulis bolehla. tapi satu je yang tersiar kata berita harian kut kalu tak silap... ada juga dalam majalah tunas karya kalau tak silap. waktu tu angan-angan nak join Kembara Sastera (kalu tak silap)...berkobar-kobar tapi angan-angan tinggal macam tu jela... sapala kita ni seumpama kain kosong yang diberikan pada seseorang tapi yang ada hanya calitan-calitan tak penuh pun......
kini.... ada lagi yang teringin tapi nak buat satu-satu dulu harap tercapai..dan akan cuba untuk mencapainya....

eeeeeeeeeeee geram betul bila tak tercapai tapi silap sapa ..........diri sendirila.......



02 October, 2009

Salam....bermaafan

Salam sume...
Sekali lagi pada bulan puasa tak update maka bersawang-sawang blog. Bkn apa rasa letih dan penyakit m dah datang...
Hari ni dlam dok tgk blog org lain, terjumpa satu blog katanya betul-betul menikamjiwa rasa diri plak berada ditempatnya. Mengikut tuan umah blog ni yang bercerita bab bermaafan di hari raya.

Memang pada tahun ini rasa mcm org lain tak ikhlas meminta maaf dan diri juga tak ikhlas mengatakan 'sama-samalah kita'...Rasa benar 'orang' itu memang telah menikam dari belakang tpi masih manis mulut (atau dia tak sedar)meminta maaf siap peluk lagi...Bkn sorang malah ramai... dan mulut ini juga tetap meminta maaf juga dan mengatakan sama-samalah kita...padahal hati ini masih ada dendam, masih ada amarah..Mudah sangatke aku ni. Cuma apa diharapkan mereka akan tahu dan benar-benar ikhlas..

06 September, 2009

Hati....perasaan..

Salam Ramadhan

Dah lama tak masuk, ada bahan tapi macam takde mood.. macam dah tak leh nak berblog asyik baca blog kengkawan 'maya' je tapi nak tulis sendiri macam-macam serabut rasa+ penyakit 'M' lagila....nape laa...
ish apanni dok merungut plak ...nasib badan..

20 August, 2009

genap setahun

Alhamdulillah, hari ni anak terunaku Muhammad Danial Luqman dah cukup setahun. Hari ni juga Danial Luqman cucuk untuk setahun. Apa yang bestnya, tak menangis pun.Siap tgk jarum lagi. Hero.....







17 August, 2009

Musnah segalanya

Sebenarnya kejadian ni jadi dah lama dalam dua tiga minggu yang lepas... tapi tak sempat nak masukkan. Bukan apa panjang cerita. Hari tu kebetulan hari Jumaat dalam koi sepuluh mak telefon cakap rumah kat kampung kena masuk pencuri, penyamun dan penyangak. Apa lagi dah terus terbayang 'barang' yang tertinggal kat kampung. Sedihnya. Minta balik awal, siap baju dan bagai terus balik. Balik tengok tingkap rumah dah kena kopak dah kena tanggal grilnya. Tapi malang takboleh masuk mangga bertukar hanya ada kat adik-pakngah je. Sempat jenguk bilik melalui tingkap yang depa buang cerminnya.Memang bersepah...Alahai sedihnya...Bila Pak ngah sampai dah boleh masuk Ya Allah...penyagak ni memang kecik badannya. Dan seperti yang dah agak 'barangku' dah tak ada.waaaa .kesilapan pada diri sendiri.....

cermin tingkap dibuang, besi tu dinaikkan
tingkap siam yang dikopak grilnya..depa masuk ikut sini
Antara alatan yang digunakan
pintu bilik yang di ketuk dan dilubangkan...kecik je
Almari anak-anak pun depa punggah

H1N1

Terkejut tengok angka terkini, tapi itulah berhati-hatilah kita. Apa yang lebih penting elakkan dari pergi ke temapat ramai orang...Pinjam dari maya


06 August, 2009

Majlis Anugerah Cemerlang

Sksr adakan Hari MAC di Dewan Kuliah U, USM, anak dara ku terlibat dalam action song...dan dapat hadiah..no 3

Anak dara menerima hadiah di tempat ke tiga... cuba lagi
Anak dara and the gang....anak daraku sebelah kiri sekali, belakang


Atas pentas... gambar kelabu..tensen btoi

22 July, 2009

Alahaii....

Betul-betl rasa dah lama tak masuk sini, tak update. Bkn tak boleh nak update tapi dah tau dah kalu layan blog jeee abih tak jadi keje lain. ni asigment dah siap tunggu nak exam plak layan lah gak. Cuma mesti masuk blog ni-jz silent reader je...pastu sempat gak godek-godek ke sini...jelesnya...bukan apa teringinnak jadi mcm depa...tapi rasa tak mampu...bukan nak meniaga, cuma untuk diri sendiri jeee...tapi boleh kut...try la tgk dulu kalu tak boleh baca je blog depa...
nak masuk blog pun 'tak boleh'. Tapi lepas ni kena cuba gak...yes cuba-cuba....

ada banyak benda nak diceritakan. rasanya sokla..sempat layan email dr As tadi...tupun kena selesaikan sok gak..bukan pa dah nak menginjak ke pagi ni.... tidooooo

16 June, 2009

Nak Berjalan

Anak terunaku Muhammad Danial Luqman dah mula nak meniti...orang kata kira nak memanjat atau berpaut. Tp tula merangkaknya belum. Macam nurse Rsat kata budak sekarangtakdak merangkak dah terus berjalan. Kebetulan balik kampung terlupa bawa balik 'walker', apalagi Danial Luqman menyuluq habis-habisan.


Di dapur ni tengah nak memanjat kerusi meja makan. Saja biarkan dia buat sendiri dan turun sendiri. Tapi semakin membesar bertambahla 'buasnya'.Anak lelaki kut lasaknya lain

30 May, 2009

Dah nak stat kuliah balik

Esok dah start kuliah balik. kali ni buat kat politeknik seberang perai plak... dah mula maknanya bermulalah masa nak sibuk....assignmentnya, lmsnya dan kuliahnya pastu periksa. Banyak benda nak buat masa 'free' aritu tak buat. Blog pun jarang masuk. Lepas ni tak taula sbb rasa paper kali ni susah sikit... Apapun kena pulun tapi cool... hehe


Lupa plak, anak menakan ku...anak pak ngah, Muhammad Haziq dah cukup tiga tahun... Dah nak mula makin membesar... start tak pakai pampers dah apapun umi nak ucapkan