26 October, 2013

Menu diet seminggu...

Salam

Hehe aku yang tergelak sendiri aci, buka blog je entry pasal diet...aci nak buh entry je pasal diet,,,rasa cite pasal diet ni dr tahun lepas tapi takde hasil...berat makin bertambah adalah...huhu sedih tau...
Ni aku jalan-jalan sebenarnya mencari laaa aku jumpa blog ni DOK. dan dia bg menu diet untuk seminggu...untuk org yang mencari alasan bila nak diet huhuhu..

ISNIN

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi (aku cadangkan muesli) &  segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air sejuk) *guna air sejuk, kalau tak memang lemau la nak membaham mende ni.
Kudapan 10 pagi: 1 gelas air kosong + segenggam kacang/badam/gajus panggang kurang garam
Makan Tengahari: 1 keping tembikai + 1 senduk nasi + 1 hidangan ikan bakar & air asam/kicap bawang + 2 senduk sayur rebus/stir fry  + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang: 1 gelas air kosong + 1 pek kecil biskut (2 keping) *suka hati korang la biskut apa pun, asalkan 1 pek kecik tu je.
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal + 1 sandwic tuna rendah lemak dgn tomato & timun + 1 gelas air kosong

SELASA

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 biji epal + 1 sandwic telur hancur dgn tomato & timun & sos (masak telur guna 1 sudu teh minyak zaitun atau guna hirisan sebiji telur rebus je) + segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam)
Kudapan 10 pagi: 1 gelas air kosong + 1 pek kecil biskut (2 keping) *aku suka Jacob's Hi-Fiber
Makan Tengahari
 : 1/2 biji jambu batu + 1 senduk nasi + 1 ketul dada ayam sederhana & sedikit kuah + 2 senduk sayur campur/rebus + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang: 1 gelas air kosong  + segenggam kacang/badam/gajus panggang kurang garam
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal + 1 mangkuk kecil/bungkus laksa Penang + 1 gelas air kosong

RABU

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 biji epal + 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi (aku cadangkan muesli) &  segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam)
Kudapan 10 pagi: 1 gelas air kosong + segenggam kacang/badam/gajus panggang kurang garam
Makan Tengahari: 1 keping tembikai madu/susu + 1 ikan bakar & air asam/kicap bawang + 3 senduk sayur campur/rebus + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang: 1 gelas air kosong + 1 mangkuk kecil jagung manis rebus (jangan tambah gula, garam atau butter)
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal + 1 dada ayam gril + salad campuran (nnt aku letak resipi) + 1 gelas air kosong

KHAMIS

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 biji epal + 1 sandwic ayam dgn salad, tomato & timun + segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam) *guna ayam malam tadi
Kudapan 10 pagi: 1 gelas air kosong + 1 pek kecil biskut (2 keping) + sedikit kismis
Makan Tengahari: 1 keping tembikai + 1 senduk nasi + 1 ikan asam pedas & kuah + 2 senduk sayur campur/rebus + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang: 1 gelas air kosong + 2 biji oren
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 yogurt kecil atau 1 biji oren +  1/2 keping naan cheese + kuah dhal + 1 gelas air kosong

JUMAAT

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 biji epal + 1/2 keping naan keju (baki semalam, sila panaskan) + kuah dhal + segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam)
Kudapan 10 pagi: 1 gelas air kosong + 1 pek kecil biskut (2 keping)
Makan Tengahari: 1 keping tembikai + 1 senduk nasi + 1 ketul ayam goreng (sila buang kulit sebelum makan) + 2 senduk sayur campur/sup sayur + sambal belacan + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang : 1 gelas air kosong + segenggam kacang/badam/gajus panggang kurang garam
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal + 1 mangkuk sup sawi diet dengan mi kering + 1 gelas air kosong *nanti aku bagi resepi 

SABTU 

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 biji epal + 2 senduk nasi goreng + 1 gelas air limau suam/ais kurang manis
Kudapan 10 pagi : Segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam)  
Makan Tengahari: 1 senduk nasi + 1 senduk paprik ayam/seafood + 2 senduk sayur campur + 1 gelas air kosong
Kudapan 3 petang: 1 gelas air kosong + 1 mangkuk buah-buahan potong
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal + 1 sandwic tuna rendah lemak dgn tomato & timun + 1 gelas air kosong

AHAD

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 bungkus kecil nasi lemak + 1 kuih manis + 1 gelas air kosong
Kudapan 10 pagi : Segelas susu skim (4 sudu besar susu skim + 250ml air suam) 
Makan Tengahari: Suka hati, asalkan tak melantak. Boleh makan fast food, tapi pastikan anda minum air mineral saja.
Kudapan 3 petang: 1 gelas air limau kurang manis + 1 mangkuk buah-buahan
Makan Malam (sblm 7 malam): 1 biji epal +1 mangkuk sup sawi diet/1 mangkuk kecil jagung manis/1 mangkuk kecil bubur oat + 1 gelas air kosong

Resepi aku semuanya menggunakan minyak zaitun menggantikan minyak biasa. Aku rasa, minyak zaitun wajib ada dalam diari orang berdiet. Mahal, tapi kita guna cuma 1 sudu teh je setiap kali nak memasak. 1 botol tu memang akan tahan lama. Kekacang pun aku suka, tapi aku pilih jenis yang tidak digoreng dan kurang masin. Kadang-kadang aku makan green peas dalam tin tu, untuk makan malam. 


Sori la aku C n P btoi2,,Tuan punya blog ni jugak suka mengamalkan susu skim...
Cuba minum susu skim setiap pagi, sebab susu skim membekalkan kalsium serta membantu diet dengan berkesan. Orang yang minum susu skim lagi cepat turun berat badan berbanding yang tak minum. Susu skim boleh beli di Jusco, cap Sunlac. 
Ini adalah penyataan dari beliau...Aku tak berani nak minum susu skim takut gemukss (tak sedar diri dah memang gemuks) 

No comments: