08 October, 2013

Alamak...Alhamdulillah

Salam

Waaa!!! lagi sekali blog terbiar...Bkn pe bulan lpas adalah bulan aku bercuti. Anak  terunaku kena demam campak. Demam campak besar..kwakwa...bukan ketawa, bukan mengeluh tp memotivasikan diri. Ialah bila anak yg kena takde org nak kena tgk mcm mak ke...so apajadi kenala amik cuti. Mula-mula aku yg amik dulu pastu somi plak pastu aku plak waaaaa.....siksa btoi nak amik cuti...sib baik dpt.

Dalam dua tiga ari anak terunaku nak abis demamnya..tetiba aku plak yg rasa lain macam..tp dok nafi je sbb dok rasa kakaknya yg akan kena dulu. Dan akhirnya aku kena gak demam campak ni adoiiii, bakal 4 minggu tak ke mana2 hanya klinik je waaaa...pasti bosan tahapp gaban huhuhu.
Ni aku g info skit pasal campak ni...

Tanda-tanda :
  • Mata merah, bengkak
  • Batuk ( kerana bintik-bintik tumbuh di dalam )
  • Peluh berbau hanyir
  • Bagi kanak-kanak dan bayi ( menangis lebih )  Alhamdulillah luqman tak meragam....senang sgt jg
  1. Jangan makan ubat untuk menurunkan panas badan, biarkan panas tersebut sekurang-kurangnya 3 hari, supaya chicken pop tidak terbantut.
  2. Selepas 3 hari, ianya akan keluar ( bintik2 merah @ bintik2 air )
  3. Jangan makan makanan bergoreng. * aku buatkan luqman ikan bakar dan sup sahaja.Sampai luqman request awat kala putih je lauk dia hehheh anak terunaku la...
  4. Jangan makan sotong, udang, ayam ( makanan yg gatal bukan menggatal yer.hehehe)
  5. Jika tidak dapat menahan kepanasan badan, guna tuala lembab letak di kepala, ketiak dan lap2 seluruh badan @ gunakan cool fever.
  6. Cara Merawat :
    • Selepas campak @ chicken pop keluar..........
    • Bagi pesakit minum air kelapa (kelapa hijau sahaja ) dengan makan sedikit air kelapa untuk beberapa hari.
    • Bacakan doa pada bahan2 ( daun mambu - akan di ceritakansebentar lagi) dan air kelapa
    • Kerapkan mandi, mandi dengan perlahan, dari kaki dan naik ke atas badan dan akhir sekali barulah air kelapa. 
    • Untuk mengelakkan gatal dan kerengsaan, mandi dengan air daun mambu ada yg menggelar pokok  pahit.( boleh rebus daun tersebut @ pecah2 kan daun tersebut dalam air )
    • letakkan daun tersebut juga di bawah bantal atau cadar atau katil. aku letak bawah cadar.
    Tanda campak telah habis dan pantang larang.
    • Tanda campak habis, kelihatan bintik-bintik merah di tapak kaki.
    • Tidak boleh terkena air hujan (akan meninggalkan parut hitam)
    • Tidak boleh mandi laut selama 6 bulan ...adoiii yg ni tak tahan ni rancang nak p mandi laut
     
    Petua Menghilangkan Parut
  7. Daun asam jawa ditumbuk lumat dan di campur bedak sejuk
  8. Sapukan pada parut waktu malam sebelum tidur
  9. Pada paginya mandi menggunakan air yang telah didoakan.
  10. Amalkan 3 kali sehari dan 3 hari berturut-turut
  11. Kombinasi ayat yang perlu dibaca : 
    • Al-fatihah
    • Selawat Syifa'
    • lau anzalna ...... ( Surah Al-Hasyr ayat 21-24)
    Insyaallah demam akan sembuh dan parut akan hilang
Kred it untuk blog ni
aku copy n paste je...tambah skit2

No comments: